Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ayam Goreng Ala Kedai Mamak Nasi Kandar. Rangup Dan Terasa Semua Bahan!

0 225

Korang yang suka makan ayam goreng kena follow resepi ni. Ayam goreng sebijik macam kat nasi kandar. Tak payah makan kat luar dah lepas ni. Guna je resepi ayam goreng ala kedai mamak ni, lagi jimat dan terjamin bersih.

Ayam goreng kat nasi kandar ni memang la sedap. Rasa rempah sampai ke dalam isi ayam. Mesti kena perap semalaman kan. Teksturnya pun rangup walaupun ayam dah sejuk. Kalau sekali pegi nasi kandar, mesti korang nak pegi lagi.

Sesetengah orang guna tepung segera je kalau nak masak ayam goreng. Tapi aku pulak, kalau guna tepung segera mesti nak perap ayam tu kejap guna halia, bawang putih dan sos tiram. Dah tu barulah salut dengan tepung. Tapi yang ni lain ye.

Resepi ayam goreng ala kedai mamak nasi kandar ni telah di kongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Hiền Sang. Kat gambar pun dah nampak sedap uolls! Resepi ni dah dapat 7.5k share kat Facebook. Mesti viral masak PKP hari tu.

Masa PKP hari tu, macam-macam resepi aku cuba kat rumah. Dah bosan sangat katakan. Mesti resepi ni viral sebab dah ramai yang rindu nak keluar makan kat mamak time PKP kan. Kalau tak, hampir setiap malam laki korang lepak kedai mamak.

 

RESEPI AYAM GORENG ALA KEDAI MAMAK 

Lepas ni kat rumah pun dah boleh buat ayam goreng ala kedai mamak. Follow je resepi dia kat sini. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan. Kalau semua bahan dah lengkap, boleh la kita buat untuk lauk malam ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • Ayam
  • Bawang putih
  • Halia
  • Daun kari
  • Tepung jagung
  • Tepung beras
  • Serbuk kari
  • Lada sulah
  • Cili powder
  • Telur 1 biji
  • Garam dan ajinamoto

CARA PENYEDIAAN AYAM GORENG ALA KEDAI MAMAK :

▶️ Gaulkan semua bahan-bahan di atas.

▶️ Kemudian, perapkan selama 1-3 jam.

▶️ Goreng ayam sampai masak dan toskan. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Kuih Talam Nagasari Yang Sedap Dan Confirm Menjadi. Rasa Lemak Manis Kat Mulut!

 

Fuhh! Rangup weh ayam goreng ni. Memang tak rugi korang try buat kat rumah. Lepas ni dah boleh layan ayam goreng mamak kat rumah je. Jimat duit poket! Masak sendiri lagi puas hati. Resepi pun dah ada. Lengkap dan mudah di faham.

Memang puas hati, puas makan dan tak cari resepi lain dah lepas ni. Makan kat mamak ni kekadang kita pun tak tahu jugak bersih ke tidak ye dok. So, elok la masak sendiri kat rumah. Tak susah mana pun nak buatnya.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Hiền Sang kerana sudi berkongsi resepi ayam goreng ala kedai mamak nasi kandar ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open