Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Aiskrim Coklat Homemade. Super Sedap, Anak-Anak Semua Suka!
Sedapnya kalau dapat makan aiskrim coklat homemade ni. Rasa dia sebijik macam beli dekat kedai tau. Lepas ni, buat aiskrim sendiri je simpan dalam peti. Nak makan sentiasa ada je selalu.
Dalam banyak-banyak aiskrim saya memang suka makan yang perisa coklat. Ada orang yang suka perisa vanilla kan, atau ada yang suka perisa-perisa lain. Tapi, kali ni saya nak share resepi buat perisa coklat sahaja.
Resepi yang dikongsikan oleh pemilik facebook D’jara Twin ni nampak macam mudah je nak follow. Barang pun simple je rupanya yang kita akan gunakan untuk hasilkan aiskrim sedap ni.
Kalau korang yang suka makan aiskrim, tapi tak larat asyik nak kena beli je. kan mudah kalau boleh buat sendiri dan simpan dalam peti sejuk rumah kita.
Jom saya kongsikan apa bahan yang digunakan dan step by step yang kita akan ikut untuk hasilkan aiskrim coklat yang awesome!
RESEPI AISKRIM COKLAT HOMEMADE
Untuk menggunakan milo, boleh tukarkan kepada vico, coklat malt atau apa-apa yang boleh menggantikan milo jika ada yang tak makan milo.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 cair susu tin
- 1 cawan milo
- 2 sudu besar serbuk koko
- 2 sudu besar susu pekat
- 1-2 susu besar
CARA PENYEDIAAN AISKRIM COKLAT HOMEMADE :
▶ Mula-mula sekali, masukkan susu cair dalam bekas dan mix atau putar sekejap
▶ Kemudian masukkan milo atau apa-apa serbuk malt coklat yang kita suka
▶ Seterusnya, masukkan serbuk koko, susu pekat, dan ovalet dalam bekas. Putar semua bahan sampai kembang dan sekata
BACA JUGA: Cara Buat Ayam Hainan Isi Lembut Dan Juicy. Resepi Bagus Untuk Kesihatan!
▶ Dia akan jadi likat tau. Masukkan dalam bekas aiskrim.
▶ Taburkan dengan coklat chip. Bekukan dalam peti sejuk semalaman.
Bila dah siap, berdebar-debar je perasaan nak tunggu aiskrim mengeras. Sekejap-sekejap bukak peti ais nak cek. Bila dah keras, memang excited dan teruja nak rasa. Tak sangka pertama kali buat aiskrim coklat homemade ni memang menjadi!
Satu family makan semuanya puji cakap sedap. Resepi yang saya follow ni sememangnya mudah nak ikut dan aiskrimnya pun sedap. Kalau ada kon aiskrim lagi laah berulang makan.
Ada yang baru tahu rahsia nak buat aiskrim ni? Haa, boleh cuba buat dan makan dengan anak-anak dekat rumah. Lagi berbaloi boleh makan banyak-banyak. Semoga perkongsian cara nak buat aiskrim ni membantu korang semua!