Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Puding Mangga Yang Cantik, Sedap Dan Senang Nak Buat. Nikmat Betul Makan Sejuk-Sejuk!

0 53

Baru ni ada beli banyak mangga. Teringin nak buat jus mangga je, tapi terjumpa pulak resepi puding mangga yang cantik ni. Terus plan nak buat dessert. Nikmat giler makan sejuk-sejuk tau. Puding ni kalau simpan dalam peti bagi sejuk, lagi sedap makan!

Tengok hasil dia memang terasa aku dibuatnya. Nampak macam cermin pun ada. Lawa sangat! Sesuai jugak hidang puding mangga ni time ada majlis kat rumah. Confirm tetamu korang suka. Cara nak buat puding ni tak susah mana pun. Try la buat nanti.

Selain daripada puding mangga. Banyak lagi jenis puding buah korang boleh buat. Contoh puding laici, puding stawberry dan macam-macam lagi. Nak buat puding sumi pun sedap. Next time kalau ada kesempatan, kita cari resepi dia dan share kat sini.

Resepi puding mangga ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Aze Jijie. Nikmat makan time cuaca tengah panas. Sebekas puding ni, tak sampai sehari akan habis. Lagi-lagi dapat buah mangga yang fresh. Tak muak makan.

Korang boleh buat puding ni dalam acuan yang pelbagai bentuk. Lagi lawa bila nak hidang nanti. Kalau korang perasan, puding ni dibuat 3 layer. Macam mana nak dapatkan puding cantik macam ni, kena la follow resepi dia kat sini. Boleh share-share nanti.

RESEPI PUDING MANGGA

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan puding mangga yang sedap ni. Mesti tak sabar nak makan kan. Okey, bahan-bahan dan step penyediaannya seperti dibawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • Agar-agar tali 20g
  • 1 tin susu cair
  • 1 cwn gula
  • 1300 ml air
  • 1 or 2 biji mangga dipotong dadu
  • Sedikit biji selasih direndm air panas

RESEPI PUDING MANGGA

▶️ Masak 1300ml air bersama agar-agar tali hingga hancur.

▶️ Masukkan gula dan biar hancur semua sampai agar-agar jadi jernih ye.

▶️ Kemudian, susun mangga dan biji selasih kedalam loyang.

▶️ Masukkan sedikit agar-agar jernih ke dalam loyang hingga tergelam buah. Biarkan sedikit keras.

▶️ Kemudian, masukkan sedikit lagi agar-agar dan biarkan keras sedikit.

▶️ Masukkn 1 tin susu cair ke dalam baki agar-agar tadi. Bahagikan kepada 2 bahagian. 1 bahagian letak sedikit pewarna kuning.

▶️ Kemudian, tuangkan bahagian warna kuning tu ke dalam loyang. Biarkan keras sedikit.

▶️ Last sekali tuangkan pula bahagian putih ke dalam loyang.

▶️ Ok siap! Biarkan sejuk dan puding keras. Masukkan dalam peti sejuk selama 2 or 3 jam.

 

BACA JUGA : Resepi Singgang Pedas Terengganu Yang Paling Marvellous. Guna Ikan Merah Lagi Sedap Ye!

 

Time nak kluarkan dari loyang, longgarkan bahagian tepi dulu supaya tak melekat. Kemudian terbalikkan, tekan sedikit tapak loyang untuk bagi puding keluar. Dah siap! Gunakan pisau tajam untuk potong puding supaya buah tak hancur dan puding jadi elok.

Mudah je kan Nak Buat puding mangga ni. Sesetengah orang panggil puding cermin. Tengok la hasilnya. Nampak macam buah mangga yang di potong dadu tu dalam cermin je. Memang lawa sangat! Siap ada biji selasih lagi. Memang cantik.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Aze Jijie kerana sudi berkongsi resepi puding mangga yang cantik, sedap dan mudah nak buat ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open