Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Buat Nasi Goreng Simple Ni Untuk Family. Comfirm Habis Licin!

Nasi goreng udang kering
0 1,181

Sesekali rasa tak nak masak berat, boleh je buat nasi goreng untuk seisi keluarga. Buat nasi goreng simple dan mudah-mudah je. Kalau boleh nak campak-campak je siap!

Ada yang takut-takut nak buat nasi goreng risau tak jadi, risau tak sedap macam-macam lah risaunya. Normal bagi orang yang baru nak belajar masak, tapi sekali dah pandai goreng nasi tutup mata je pun dah sedap. Hehe

Dalam perkongsian kali ni, korang boleh follow macam mana nak buat nasi gorneg simple tapi serious sedap. Rasa dia memang lengkap semua rasa. Kalau yang baru nak belaajr masak pun sekali buat je terus menjadi sedap.

Sejak dah pandai buat nasi goreng ni, memang setiap pagilah anak-anak dan family suruh buat. Sedap sangat katanya. Oleh itu, Cik Puan Nina Salleh ni nak sharekan lah dengan korang macam mana nak buat nasi goreng paling mudah.

Nak buat nasi goreng ni dinamakan dengan nasi goreng udang kering! Korang memang kena cuba sekali sekala. Nasi yang digunakan mestilah nasi sejuk tau. Kalau nasi baru masak, anginkan dulu ye.

 

RESEPI NASI GORENG UDANG KERING

Penggunaan udang kering ni lah yang menjadikan nasi goreng ni sedap dan berasa. Tapi tak seua orang suka makan, dan ada yang tak boleh makan udang kering. Jadi untuk inisiatif lain, boleh je gantikan dengan bahan lain yang sesuai seperti ikan bilis.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Nasi sejuk
  • Sedikit isi ayam
  • Lobak merah ( potong mancis)
  • 1 biji telur

 

BAHAN KISAR : 
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 cili kering
  • 3 sudu udang kering

CARA PENYEDIAAN NASI GORENG UDANG KERING :

▶ Mula-mula sekali, ramas nasi sehingga lerai

▶ Kisar sehingga lumat bawang merah, bawang putih, cili kering dan juga udang kering

▶ Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan naik bau. Sentiasa kacau supaya tak hangit

▶ Kemudian masukkan isi ayam. Jika ada daging, sotong boleh masukkan waktu ni okay.

▶ Seterusnya, masukkan lobak dan masak sehingga lobak lembut.

▶ Lobak dah lembut sedikit, masukkan telur dan kacau supaya telur pecah

BACA JUGA: Cara Buat Aiskrim Coklat Homemade. Super Sedap, Anak-Anak Semua Suka!

▶ Perasakan dengan garam dan bahan perasa.

▶ Akhir sekali, masukkan nasi dan gaul sehingga sekata.

▶ Waktu gaul nasi dah boleh perlahan kana pi dulu. Kacau dulu sampais ekata baru besarkan sedikit api dan biarkan sedikit garing.

▶ Siap dan sedia dihidangkan!

Untuk bagi nasi goreng kita lebih sihat, boleh masukkan sayur hijau seperti sawi dan kobis. Dapat makan ni, confirm habis licin nasi goreng ni.

Nak buat nasi goreng ni sedap makan dengan keropok keping rangup. Hancurkan dalam nasi, dan makan dengan setiap suapan ada keropok. Memang padu!

Bila dah tau resepi nasi goreng udang kering macam ni, memang senang lah menjadi nasi goreng yang sedap dan marvellous!

Saya ucapkan kepada korang yang nk cuba buat tu, selamat mencuba ye!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open