Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Ayam Hainan Isi Lembut Dan Juicy. Resepi Bagus Untuk Kesihatan!

Resepi Hainan Chicken
0 5,953

Pernah makan nasi ayam Hainan? Ayam Hainan tu, sebenarnya sedap tau makan dengan nasi putih je pun tanpa nasi ayamnya. Yang penting, sambalnya wajib ada untuk dimakan bersama.

Kalau buat nasi ayam Hainan memang part ayamnya paling mudah. Bukan macam ayam biasa yang mana nak kena goreng lagi, atau salut madu kemudian bakar pulak.

Ada yang suka makan nasi ayam madu lebih berbanding nasi ayam Hainan. Nasi ayam Hainan ni dia baik untuk kesihatan kerana ayamnya direbus sahaja dengan halia dan bahan perasa.

Jom saya kongsikan resepi nak buat ayam Hainan ni dengan sambal merahnya. Simple je bila follow resepi oleh Lenny Irru ni. Simpan dulu supaya nanti boleh buat bila berkelapangan.

Jom saya kongsikan apa bahan uyang digunakan dan step by step macam mana nak hasilkan ayam Hainan yang lembut dengan sos cili yang sedap.

 

RESEPI AYAM HAINAN

Untuk buat bersama nasi ayamnya, saya pernah kongsikan resepi nasi ayamnya. Tapi untuk kali ini lebih simple kerana hanya resepi ayam dan sambalnya sahaja.

Bahan-bahan yang digunakan adalah :
  • Paha ayam
  • Halia
  • Garam
  • Serbuk perasa

CARA PENYEDIAAN AYAM HAINAN :

▶ Mula-mula sekali, basuh ayam dan jangan buang bahagian lemaknya. Lemak ayam ni boleh menyedapkan lagi air rebusan ayam tu.

▶ Didihkan air dengan garam, halia dan serbuk perasa.

▶ Bila air dah mendidih, masukkan ayam. Perlahankan api kepada sederhana besar selama 35 minit.

▶ Ayam dah masak, angkat dan terus rendamkan dalam air sejuk selama 15 minit.

▶ Akhir sekali, siramkan ke atas ayam tadi minyak bijan, kicap cair dan air rebusan ayam.

BACA JUGA: Cara Buat Rendang Daging Yang Simple! Resepi Sedap Dan Wajib Cuba!

Wah! Dah siap ayamnya  bolehlah beralih pula kepada sambal merah untuk dimakan dengan ayam Hainan ni. Barulah ngam bila dua ni bergabung! Kalau nak buat sambal ni untuk makan dnegan nasi ayam biasa pun boleh.

RESEPI SAMBAL MERAH

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • Cili merah
  • Bawang putih
  • Gula
  • Garam
  • Air Limau

CARA PENYEDIAAN SAMBAL MERAH :

▶ Kisar semua bahan sehingga hancur dan lumat.

▶ Panaskan kuali dan masak sampai mendidih

▶ Bila sambal dah betul-betul masak, siap dan sedia untuk dihidangkan!

Pasti ada yang tertanya-tanya kenapa perlu rendam ayam ke dalam air sejuk kan. Ini lah tip untuk bagi ayam kita lembut dan kekal juicy. Nak makan pun lembut isi ayamnya.

Untuk yang selama ni nak belajar cara buat ayam Hainan ni boleh follow resepi ni. Kalau ada family yang demam, selesama elok sangat untuk hidangkan masakan ni. Lebihkan halia dan masukkan sedikit lada hitam.

Selamat mencuba saya ucapkan dan semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open