Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Cream Puff Inti Kastard Yang Gebu, Gemok Dan Sedap. Meleleh Kat Mulut Kastardnya!

0 2,521

Resepi cream puff inti kastard ini ramai penggemarnya lebih-lebih lagi teksturnya yang mencair dimulut. Cream puff ini boleh didapati di mana-mana kedai bakery ataupun cafe-cafe hipster. Ianya juga mempunyai tekstur yang gebu dan gemok.

Cream puff inti kastard ini sangat sedap dimakan waktu sejuk. Kebiasaannya, cream puff yang dijual di bakery atau cafe hipster disimpan dalam tempat yang sejuk sepeti peti sejuk untuk mengekalkan keenakannya.

Bahan yang diperlukan juga sangat mudah diperolehi. Dengan menggunakan 4 bahan sahaja, anda dapat hasilkan cream puff yang sangat sedap. Nak beli kat luar rasa tak berbaloi, apa kata buat secara homemade. Buat banyak mana pun boleh.

Resepi cream puff ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Jemah Jematul Adawiyah melalui laman facebooknya. Beliau juga cuba mengikuti resepi yang telah dikongsikan diblog kak azlita iaitu blog masam manis.

Setelah mencubanya, terbukti menjadi dan sangat sedap dimakan. 5.1K share difacebook beliau dan ramai juga yang ingin mencubanya. Anak-anak pasti sangat suka dengan cream puff gebu ini.

 

RESEPI CREAM PUFF INTI KASTARD

Bila buat majlis hari jadi anak-anak atau majlis aqiqah dirumah, anda boleh saja menghidangkannya. Cream puff dijadikan pencuci mulut buat tetamu yang datang. Tak perlu buat tempahan. Guna resepi yang ada dan buat sendiri lebih berbaloi.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan inti kastard :
Bahan A :
  • 2 biji telur (gred A)
  • 6 sudu besar gula
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 1/2 cawan susu segar/cair

 

Bahan B :
  • 1 cawan whipping cream (dipukul kental)

 

Bahan cream puff : 
  • 100gm marjerin/butter
  • 275gm air
  • 150gm tepung gandum
  • 3 biji telur gred C

 

CARA PENYEDIAAN CREAM PUFF INTI KASTARD :
Cara penyediaan inti kastard : 

▶️ Masakkan secara double boil. Campurkan semua bahan A ke dalam bekas yang diletakkan air menggelegak. Kacau sehingga pekat kemudian sejukkan.

▶️ Pukul bahan B sehingga pekat dan mencecah.

▶️ Campurkan dengan bahan A menggunakan teknik kaup balik. Siap!

Cara penyediaan cream puff : 

▶️ Masak marjerin atau butter dengan air dalam kuali sampai marjerin cair.

▶️ Kacau sebati sampai jadi doh dan tak melekat pada kuali.

▶️ Bila dah tak melekat tutup api dan terus alihkan ke dalam bekas lain. Rehatkan sebentar adunan biar hilang haba panas dulu.

▶️ Bila dah suam-suam kuku masukkan 1 sudu kecil creamy vanilla.

▶️ Kemudian, masukkan telor satu per satu dan kacau lagi menggunakan mixer. Masukkan 3 biji dulu. Kalau rasa kental pecahkan telur dalam bekas lain dan masukkan sedikit.

▶️ Masukkan dalam piping bag. Kemudian, paipkan pada dulang. Sebelum tu panaskan oven 10-15 minit pada suhu 180C atau terpulang oven masing-masing.

▶️ Sebelum bakar renjiskan air sejuk dalam dulang.

▶️ Bakar pada suhu 180C selama 40 minit. Kalau oven cepat panas turunkan suhu je. Siap!

▶️ Sejukkan, potong atau gunting kulit puff dan masukkan inti kastard didalamnya dan ayakkan snow powder dibahagian atasnya.

 

BACA JUGA: Resepi Ayam Masak Merah Yang Super Senang Dan Sedap. Sekali Cuba Pasti Nak Lagi!

 

Siap pun! Mudahkan. Biarkan cream puff sejuk baru paipkan special custard cream.
Simpan dalam peti ais biarkan sejuk baru dihidangkan. Sebelum dihidang, ayakkan snow powder dibahagian atasnya. Terhias cantiklah hasil cream puff kita.

Musim duduk rumah dan cuti sekolah macam ni, pasti ibu-ibu dah buntu nak masak apa untuk kudapan anak-anak. Hampir setiap hari ibu-ibu kena fikir. Masak benda yang sama nanti anak-anak pula bosan.

Apa kata selitkan resepi ini. Pasti mereka suka. Semoga resepi cream puff inti kastard yang gebu, gemok dan sedap ini bermanfaat buat anda semua. Sekali cuba pasti nak lagi, ala-ala cream puff kat cafe hipster tau. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open