Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

‘Breakfast Dip’ Menu Yang Simple Dan Sedap. Anak-Anak Pasti Suka!

0 1,391

Breakfast dip adalah menu sarapan pagi yang sangat mudah dan cukup sihat. Ianya merupakan menu sarapan pagi ala-ala barat yang di ubah suai menggunakan kepingan wrap yang dibakar garing dan dimakan bersama telur hancur.

Kebiasaannya wrap akan dimakan bersama omelete, ada juga yang menjadikan wrap sebagai kebab. Ianya menyebabkan anak-anak akan berasa bosan dengan kudapan yang sama. Jadi para ibu bolehlah gunakan wrap yang ada untuk cuba resepi ini.

Maklumlah, salah satu tugas ibu kan adalah memastikan anaknya mengambil sarapan pagi. Jadi, hampir setiap hari ibu akan berfikir hidangan apa yang patut disediakan untuk anak-anak mereka. Dapat pula anak yang memilih bab makanan.

Jangan risau, jom kita cuba resepi breakfast dip yang dikongsikan oleh Cik Puan Zatil Arip mesti anak-anak suka. Menurut beliau, idea ini tercetus bila beliau melihat anak-anak beliau tidak gemar pada wrap dan cuma isi bahagian wrap sahaja yang dimakan.

Dengan itu beliau menjadikan wrap sebagai kepingan yang garing iaitu kerepek yang dimakan bersama telur hancur. Jadilah resepi breakfast dip yang sangat sedap ini. Wrap yang telah ditukar menjadi keropok itu telah menarik minat anak-anak.

 

RESEPI BREAKFAST DIP

Bila dah bosan dengan sesuatu menu itu, mesti ibu-ibu boleh secara tiba-tiba menjadi kreatifkan. Siapa sangkah wrap boleh dimakan seperti ini. Sedap dan pastinya lebih sihat. Jom kita follow cara penyediaannya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk tortilla chips :
  • Minyak zaitun
  • Wrap

 

Bahan untuk telur hancur (scramble eggs)
  • 4 biji telur
  • Setengah cawan susu segar
  • Garam
  • Lada hitam
  • Tomato (dipotong dadu)
  • Bawang (dipotong dadu)
  • Daun ketumbar (dihiris)
  • Sehiris lemon

CARA PENYEDIAAN BREAKFAST DIP :
Cara menukarkan wrap kepada tortilla chips :

▶️ Sapu wrap dengan minyak zaitun.

▶️ Potong menjadi bentuk segitiga-segitiga kecil.

▶️ Tabur garam dan lada hitam jika anda suka.

▶️ Bakar suhu 180C selama 7 minit atau sehingga kerangupan yg disukai.

Cara penyediaan telur hancur (scramble eggs)

▶️ Pecahkan 4 biji telur dan gaul dengan setengah cawan susu segar, garam dan juga lada hitam.

▶️ Kemudian, cairkan mentega dan masak adunan telur tadi atas api yang perlahan. Kacau telur sehingga hancur dan kelihatan seperti ‘soft & curdy scramble eggs’.

▶️ Angkat telur dan perahkan sedikit lemon.

▶️ Taburkan tomato dan bawang yang telah dipotong dadu.

▶️ Terakhir sekali, taburkan daun ketumbar dan makan bersama tortilla chips

 

BACA JUGA: Resepi Sate Maggi Viral Yang Mudah Dan Sedap. Anda Wajib Mencubanya!

 

Siap! ‘Dip the chips’ bak kata orang putih. Macam tengah breakfast kat luar negara. Mesti anak-anak suka dengan hidangan ini. Sekali sekala nak ubah menu sarapan pagi bolehlah cuba hidangan ini.

Ada juga yang menggunakan wrap ini untuk dijadikan kerepek. Dipotong kecil-kecil dan dimasak menggunakan airfryer. Dan menyimpannya dalam bekas. Boleh dijadikan kudapan semasa menonton tv.

Suka bila tengok anak-anak mengambil sarapan pagi kan. Kita sebagai ibu tidak lagi bimbang. Pengambilan sarapan pagi begitu penting untuk anak-anak sebelum beraktiviti. Semoga resepi breakfast dip ini bermafaat kepada kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open