Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Roti Gulung Kayu Manis Ala Cafe. Lembut Dan Gebu Je Hasilnya!
Kat tempat aku kuih ni di panggil sebagai kuih cempiang tapi kalau kat badar kuih ni di panggil sebagai cinnamon roll. Nama melayu dia, roti gulung kayu manis. Kuih ni memang sedap ye dan seseuai dijadikan menu sarapan pagi.
Tapi berbeza sedikit cara penyediaan dan bahan-bahannya. Yang mana kuih cinnamom roll ni di bakar dalam oven manakala kuih cempiang yang famous kat sabah pulak digoreng. Bentuk dan cara gulungan kuih ni sebijik sama.
Yang suka makan cinnamon roll kat cafe-cafe hipster boleh la cuba buat roti ni kat rumah. Makan panas-panas keluar dari oven lagi sedap. Berbanding makan roti ni kat cafe. Peminat cinnamon roll kena cuba resepi ni.
Resepi roti gulung kayu manis ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Farisha Sofea. Resepi detail dan lengkap. Korang follow sebijik-sebijik confirm menjadi.
Dulu cinnamon roll ni pernah viral ye. Orang sanggup beratur panjang untuk beli. Tapi sekarang dah tak payah susah-susah lagi. Boleh buat sendiri cinnamon roll ni kat rumah. Banyak resepinya di Facebook.
RESEPI ROTI GULUNG KAYU MANIS / CINNAMON ROLL
Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan cinnamon roll ni. Bahan-bahan kena di bahagiakan kepada beberapa bahagian. Baru senang Nak Buat nanti. Step penyediaan seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Untuk Roti :
Bahan A :
- 100g susu segar suam
- 50g gula halus
- 2 sk yis segera
- 1 biji telur
Bahan B :
- 300g tepung protein tinggi
- 1 sk garam halus
- 40g mentega / marjerin
Topping :
- 35g mentega / marjerin
- 25g gula perang
- 25g gula halus
- 1 – 2 sb serbuk kayu manis
Glaze :
Bahan 1 :
- 1 cawan gula aising
- 2 – 3 sb susu segar
- 1/2 sk esen vanilla
Bahan 2 :
- 1/2 cawan krim keju
- 1 sb mentega
- 1 1/2 cawan gula aising
- 1/4 cawan susu segar
CARA PENYEDIAAN ROTI GULUNG KAYU MANIS / CINNAMON ROLL :
▶️ Satukan ke semua Bahan A dan kacau sebati. Biarkan sehingga yis mengembang.
▶️ Di dalam bekas lain, satukan pula Bahan B.
▶️ Ramas sehingga menjadi seperti serbuk roti.
▶️ Masukkan Bahan A ke dalam Bahan B sedikit demi sedikit sambil diuli hingga adunan menjadi doh. Uli doh sehingga lembut dan elastik.
▶️ Bulatkan doh dan sapukan keliling doh dengan minyak.
▶️ Tutupkan permukaan doh dengan plastik / kain lembap.
▶️ Rehatkan doh selama 1 jam atau sehingga doh mengembang dua kali ganda.
▶️ Kemudian, tumbuk tumbukkan doh tersebut.
▶️ Taburkan papan pencanai dengan sedikit tepung.
▶️ Canaikan doh menjadi segi empat.
▶️ Sapukan topping pada permukaan doh yang telah dicanai tadi sehingga rata. Gulungkan doh tersebut.
▶️ Potongkan doh kepada beberapa bahagian mengikut saiz yang diinginkan.
▶️ Susunkan di dalam loyang pembakar yang telah dioles dengan sedikit mentega.Tutupkan permukaan loyang dengan kain.
▶️ Rehatkan doh selama 30 – 45 minit atau sehingga doh mengembang.
▶️ Panaskan oven, bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing masing.
▶️ Sementara itu , sediakan pula bahan Glaze. Satukan ke semua bahan dan kacau sebati.
▶️ Setelah masak, letakkan glaze di atas roti gulung tadi.
BACA JUGA : Resepi Pizza Mudah Tanpa Doh. Buat Kat Rumah Lagi Puas Hati Nak Makan!
Dah siap pun cinnamon roll kita. Korang yang kurang gemar dengan rasa manis, boleh kurangkan glaze yang di sapu di atasnya. Jangan letak lebih sebab glaze ni manis dan boleh buat atas cinnamon roll garing.
Perap sejam adunan doh ni barulah lembut dan gebu hasil roti gulung kayu manis kita. Makan kuih ni dengan coffee panas atau coffee sejuk macam kat cafe baru syok. Tak cukup seketul dibuatnya!
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Farisha Sofea kerana sudi berkongsi resepi roti gulung kayu manis ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!