Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Creamy Fettuccine Carbonara Yang Mudah Dan Sedap! Lagi Sedap Kalau Masukkan Santan SAJI Light!

0 1,844

Wow! Terliur terus nampak fettuccine carbonara ni! Nampak creamy nya. Ada yang nak cuba masak untuk hidangan berbuka nanti tak? Bosan juga hari-hari nak makan nasi kan. Apa kata kita tukar selera hari ni dań cuba resepi creamy fettuccine carbonara ni. Confirm ricin sepinggan di buatnya!

Resepi masak carbonara ni boleh menggunakan macam-macam jenis pasta. Contoh fettuccine, spaghetti, farfalle, makaroni dan macam-macam lagi. Tapi, untuk pasta yang kita akan cuba hari ni akan menggunakan fettuccine sebagai bahan utamanya.

Sama seperti masak menggunakan spaghetti, fettuccine juga perlu di rebus sehingga lembut menggunakan sedikit minyak masak. Tujuan minyak masak di gunakan dalam proses merebus pasti ni adalah untuk mengelakkan pasta melekat antara satu sama lain.

Nak masak creamy fettuccine carbonara yang sedap ada tipnya ye. Korang kena follow resepi creamy fettuccine carbonara yang dikongsikan oleh Cik Puan Aisyah Humaira. Confirm ricin sepinggan dibuatnya. Kalau nak tahu macam mana carbonara ni boleh jadi creamy dan sedap. Korang kena follow resepi ni sampai habis.

Untuk rasa lebih enak dan creamy, Cik Puan Aisyah Humaira akan masukkan santan SAJI Light dalam kuah. Hasilnya memang sedap sangat. Lain dari yang lain ye. Anak-anak kalau dapat ni bertambah-tambah makanya. Korang pun mesti senang hati.

 

RESEPI CREAMY FETTUCCINE CARBONARA

So, tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaan creamy fettuccine carbonara yang sedap ini. Follow sebijik-sebijik confirm menjadi!

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 paket Fettuccine
  • 3 sudu minyak masak

 

Bahan-bahan untuk kuah :
  • 4 sudu besar butter
  • 1 biji bawang holland kecil (dipotong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cawan kecil air rebusan pasta
  • 4-5 keping streaky beef (dihiris)
  • 1 mangkuk kecil pepperoni (digoreng tanpa minyak)
  • 1 pek cendawan butang (dihiris)
  • 1/2kotak kecil Santan kelapa SAJI Light
  • 1 gelas air susu kotak
  • 1/2cawan Parmesan Cheese
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 kiub pati ayam
  • Sedikit gula
  • Segenggam daun parsley (dihiris halus)

CARA PENYEDIAAN CREAMY FETTUCCINE CARBONARA :

▶️ 1 paket Fettuccine di rebus hingga lembut bersama 3 sudu minyak masak.

▶️ Rebus jangan sampai terlebih masak. Angkat dan toskan milas dibawah air mengalir.

▶️ Cairkan butter dan tumis bawang, cendawan dan streaky beef hingga layu atau keperang.

▶️ Masukkan susu segar dan cream.

▶️ Masukkan pula santan kelapa SAJI Light, air rebusan pasta, cheese, kiub pati ayam, gula dan kacau sebati.

▶️ Reneh seketika hingga kuah sebati dan berkrim.

▶️ Masukkan serbuk lada hitam dan Fettuccine yang telah direbus lembut.

▶️ Masukkan sedikit air jika terlalu pekat. Kacau rata sedia dihidang bersama pepperoni.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Pancake Popia K-Pop Yang Rangup Dan Sedap! Cicah Dengan Sos, Lagi Sedap!

 

Wah, makan panas-panas sedapnya. Selain daripada menggunakan susu segar dan cream. Santan kelapa SAJI Light juga antara bahan yang membuatkan kuah carbonara terangkat! Bila dah siap, korang boleh masukkan segenggam daun parsley yang dihiris halus. Ikut cita rasa masing-masing.

Bulan puasa ni, macam-macam resepi yang Cik Puan Aisyah Humaira kongsikan di wall Facebook milik beliau. Siap ada resepi rendang ayam jawa lagi. Bolehlah cuba buat hidangan untuk raya pertama nanti. Cuba kelainan pula, masak ayam rendang dari negara seberang. 

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi creamy fettuccine carbonara yang sedap ni di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open