Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Crispy Skin Chicken Chop With Mushroom Gravy. 100% Dari Minyak Kulit Ayam!

0 46

Jom try resepi crispy skin chicken chop with mushroom gravy ni. 100% dari minyak kulit ayam ye. Tak perlu nak masak ayam guna minyak masak bagai. Buat chicken chop kat rumah lagi jimat dari makan kat luar. 

Sebut pasal chicken chop, kat tempat aku ada sorang peniaga yang jual nasi goreng chicken chop dengan harga paling murah. RM7 je weh! Nasi pun boleh tahan banyak. Yang paling sedap adalah sos dia. Memang tak cari lain dah. 

Nak tahu chicken chop tu sedap ke tak kena tengok dari kuah sos nya. Kalau kuah dah spoil rasa, macam mana nak habiskan ayam tu kan. Terpaksa la makan dengan sos dan mayonis semata. Sos chicken chop sangat-sangat memainkan peranan. 

Resepi crispy skin chicken chop with mushroom gravy ni telah dikongsikan oleh seorang penggunaan Facebook iaitu Cik Puan Norhidayah Mohd Aripin. Sos dia berbeza dengan sos chicken chop yang biasa kita makan. Sedap tau chicken chop versi ni. 

Teksturnya jugak berbeza. Sedap makan panas-panas chicken chop ni. Boleh makan macam tu je tanpa nasi. Barulah rasa nikmat sebenar. Yang penting perut pun kenyang makan hidangan ni. Boleh hidang sekali dengan sayur brokoli dan jugak kentang. 

RESEPI CRISPY SKIN CHICKEN CHOP WITH MUSHROOM GRAVY 

Tak sabar nak sedia semua bahan masak. Nak try buat chicken chop versi cendawan ni pulak. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak kat bawah ni. Step penyediaannya jugak seperti dibawah. 

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • Ayam
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk lada sulah
  • Serbuk bawang putih
  • Sedikit garam
  • Kentang
  • Butter
  • Bawang putih

CARA PENYEDIAAN CRISPY SKIN CHICKEN CHOP WITH MUSHROOM GRAVY : 

▶️ Bakar ayam dengan api perlahan sampai kulit ayam keluarkan minyak dan terbalikkan ayam hanya bila kulitnya masak garing. Alhamdulillah sedapp makan panas panas.

▶️ Hanya tabur serbuk lada hitam, serbuk lada sulah, serbuk bawang putih dan sedikit garam. Buka api perlahan, bakar hingga ayam keluarkan minyaknya sendiri. Dah garing, terbalikkan. Masukkan kentang.

▶️ Jaga api, kena sabar. Jangan balik balikkan ayam, biar je betul betul masak satu bahagian baru balikkan bahagian lagi sebelah.

▶️ Minyak dan kerak kerak ayam jangan buang, terus masuk butter dan bawang putih. Bawang putih saya parut guna grater, rasa macam lagi senang dari chop. Yang ada chopper tu silakan hiihi. Kita chop manual.

▶️ Masukkan sedikit cooking cream, mushroom, air jika perlu sahaja. Perasakan dengan Mushroom Seasoning.

▶️ Dihidang panas-panas memang sedap. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Muffin Pisang Versi Bakar Dalam Pemanggang Ajaib. Mudah Dan Confirm Sedap!

 

Dah siap pun crispy skin chicken chop kita. Lepas ni Kalau craving nak makan chicken chop, boleh la try buat hidangan ni. Sesuai jugak untuk candle light dinner orang-orang  bercinta. Confirm licin pinggan dibuatnya. 

Sos kuah ni kalau nak cair boleh je letak air. Tapi tekstur tak cantik pulak kan. Kita nak sos yang creamy baru la best nak makan nanti. Rugi sangat siapa yang tak try resepi chicken chop ni versi yang ni.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Norhidayah Mohd Aripin kerana sudi berkongsi resepi crispy skin chicken chop with mushroom gravy ini kat Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open