Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Pisang Custard Cheese Yang Lemak Masin. Siap Ada Cheddar Cheese Lagi!

0 24

Ada yang tanya pisang custard cheese rasa macam mana? Rasanya hampir sama macam puding diraja tanpa jala emas tapi ada lemak masin cheddar cheese gitu. Ni dia resepi pisang custard cheese. Kena cuba dessert ni.

Pakai pisang apa pulak yang sedap? Ha, nak buat pisang custard cheese ni kena pakai pisang berangan. Sebab sesuai untuk grill. Pisang lain tak pasti. Tapi jangan guna pisang yang lembik susah nak terbalikkan masa grill nanti.

Memang teruja sangat tengok dessert ni. Yang takut manis boleh la olah sikit resepi ni. Boleh tolak tepi gula. Untuk susu cair pulak boleh tukar fresh milk. Dan kismis pulak ditukar kurma. Manis buah kurma lagi sihat.

Resepi pisang custard cheese ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Syasyaa Nuraidaa. Sekali pandang je dah terliur nak makan. Tak tahu kat kedai ada ke tak jual dessert ni. Mesti susah nak jumpa kan.

Korang yang suka makan dessert boleh la try buat dessert ni kat rumah nanti. Sesuai sangat untuk hidangan minum petang keluarga. Anak-anak pun berebut nak makan. Dessert ni korang nak hidang panas atau sejuk pun sedap.

 

RESEPI PISANG CUSTARD CHEESE 

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan pisang custard cheese ni. Step penyediaannya seperti dibawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • Pisang
  • Butter/marjerin
  • Gula

Bahan sos kastard : 
  • 1 tin susu cair
  • ½ tin susu air kosong
  • 1 biji kuning telur
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gula pasir
  • Sehelai daun pandan diikat

CARA PENYEDIAAN PISANG CUSTARD CHEESE : 

▶️ First, grill pisang dengan butter/marjerin dengan gula.

▶️ Gaul semua bahan sampai tepung larut dan tak berketul baru buka api.

▶️ Masak api sederhana sampai sos sedikit pekat. Sentiasa kacau ye. Dah siap boleh tutup api.

▶️ Boleh hidang atas sususan pisang grill. Lepastu taburlah cheese dan toping coklat.

 

BACA JUGA : Resepi Vietnamese Roll Homemade. Sangat Simple Dan Mudah Dibuat!

 

Pisang tu jangan guna yang manis lembik tu ye. Guna pisang nangka pun okey. Sebab ada rasa kelat-kalat tu. Bila combine dengan sos kastard insyaAllah sedang elok dengan manisnya. Tak rasa muak bila makan.

Rasa lebih kepada lemak manis. Ada masin sedikit dari cheese. Hehe makan sekali sekala takpe kot kan. Buat rase-rase orang kata. Sebab sekali pandang dessert ni, terus terliur dibuatnya.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Syasyaa Nuraida kerana sudi berkongsi resepi pisang custard cheese yang sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open