Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Sandwich Telur. Makan Waktu Pagi Ke Lunch Ke Dinner Ke Still Sedap!
Siapa kat sini suka makan sandwich telur? Kita memang geng! Jom follow resepi sandwich telur ni. Makan waktu pagi ke lunch ke dinner ke still sedap ye. Yang penting senang nak buat and sesuai untuk korang yang nak berdiet!
Dari beli sandwich kat luar, baik buat sendiri kat rumah. Resepi mudah je! Telur kalau gabung dengan mayo macam tu and makan dengan cili sos pun dah sedap weh! Ni la breakfast paling kerap aku buat bila duk sendiri.
Sandwich telur ni sesuai jugak untuk breakfast anak-anak sebelum ke sekolah. Siap boleh bungkus untuk bekal lagi. Nak sandwich yang sedap try la masak telur tu half cooked. Rebus dalam 10 minit je gitu. Mesti elok kejadian telur korang.
Nak mudah kupas kulit telur pun senang je. Lepas dah rebus telur. Cepat-cepat rendam dalam air sejuk. Kalau air sinki tu sejuk terus rendam je guna air sinki kejap. Lepas tu kupas la. Confirm takde yang lekat-lekat lagi. Cantik je hasilnya.
Resepi sandwich telur ni telah di kongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Fauziah Yahya. Resepi mudah sangat ye. Semua orang boleh buat kat rumah masing-masing. Breakfast sandwich ni memang mengenyangkan.
RESEPI SANDWICH TELUR
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan sandwich telur. Bahan yang takde kena pegi beli dulu ye. Step penyediaan seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 4 biji telur ayam (direbus dan sejukkan)
- Sedikit mentega (disapu pada roti)
- Sedikit serbuk lada sulah/lada hitam
- Sedikit mayo
- Sedikit daun parsley (dicincang halus)
- 1 buku roti putih sandwich
CARA PENYEDIAAN SANDWICH TELUR :
▶️ Hancurkan telur, masukkan mayo gaul sehingga sebati.
▶️ Taburkan serbuk lada sulah/ lada hitam. Kemudian, masukkan daun parsley.
▶️ Sapukan adunan telur ke atas roti yang telah disapu mentega dan lakukan sehingga habis.
▶️ Potong dua atau empat/menyerong.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Crispy Skin Chicken Chop With Mushroom Gravy. 100% Dari Minyak Kulit Ayam!
Sandwich ni korang nak letak chicken slice atau tomato pun boleh. Adjust bagi banyak inti lagi dalam sandwich ni. Terpulang ikut citarasa masing-masing. Beli chicken slice yang ready je. Senang sikit!
Yang takde idea nak buat breakfast pagi ni. Jom la kita buat sandwich telur ni. Sebelum roti atas meja rosak sebab bosan nak makan dengan jem. Elok buat sandwich ni. Confirm senang dan sedap!
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Fauziah Yahya kerana sudi berkongsi resepi sandwich telur yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!