Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Sambal Hijau Petai Yang Paling Sedap. Confirm Bertambah Nasi Dibuatnya!

0 174

Ni dia resepi sambal hijau petai paling sedap untuk korang cuba kat rumah. Boleh buat penambah selera. Sambal ni korang nak buat banyak pun boleh. Simpan je dalam peti nanti. Sambal tahan lama ye.

Sambal yang tahan lama perlu di masak terlebih dahulu. Masak sebelum kisar dan di masak lagi sekali lepas semua bahan di kisar. Rasa sambal ni memang padu ye. Boleh letak banyak mana cili yang korang nak.

Takde sambal memang tak berselera nak makan. Betul tak? Korang yang ada beli petai, boleh la try buat sambal hijau petai ni. Confirm bertambah nasi bila makan nanti. Rasa sambal ni memang perfect ye.

Resepi sambal hijau petai ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Siti Zaleha. Sekali cuba makan sambal ni pasti nak lagi. Boleh buat cicah dengan ikan goreng ye. Sedap giler!

Sambal hijau petai ni korang nak guna buat nasi goreng pun boleh. Rasa dia memang tak boleh bawak bincang. Ala-ala rasa nasi goreng cili padi tapi dah campur dengan petai. Siap ada ikan bilis goreng lagi.

 

RESEPI SAMBAL HIJAU PETAI 

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan sambal hijau petai ni. Bahan memasak dan step penyediaannya seperti dibawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • Ikan bilis
  • Petai
  • Cili padi hijau
  • Bwg besar
  • Tomato
  • Bwg putih
  • Gula
  • Garam
  • Perasa

CARA PENYEDIAAN SAMBAL HIJAU PETAI : 

▶️ Goreng semua bahan dengan minyak bagi layu sikit.

▶️ Kemudian, blend semua bahan-bahan. Blend kasar je baru sedap nak makan nanti. 

▶️ Panaskan minyak sekali lagi dan masak semua bahan yang dah blend tadi hingga kering air.

▶️  Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Lempeng Kelapa Yang Confirm Lembut. Cicah Dengan Sambal Lagi Sedap!

 

Confirm bertambah nasi dibuatnya! Untuk korang yang nak guna sambal ni untuk masak nasi goreng, mudah je. Boleh ambil sambal ni terus masuk dalam minyak dalam kuali. Tumis kejap terus masuk nasi.

Dah tak perlu nak potong bawang bagai. Mudah sangat masak nasi goreng guna sambal hijau petai ni kan. Boleh buat sambal banyak-banyak dan simpan dalam peti. Time nak makan, senduk je masuk pinggan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Siti Zaleha kerana sudi berkongsi resepi sambal hijau petai yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open