Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Sotong Telur Masin Daun Kari Yang Marvellous. Licin Pinggan Dibuatnya!
Baru semalam dapat makan sotong goreng tepung salut telur masin. Sedap weh! Tapi kalau asyik makan kat luar je, habis duit poket dibuatnya. Mahal weh! Baik buat sendiri kat rumah. Follow je resepi sotong telur masin daun kari ni kat sini.
Semalam pergi makan ramai-ramai satu family. Orang belanja, kita ikut je. Tapi kalau dah makan ramai-ramai, mesti segan nak makan banyak. Dalam hati “kena try buat sendiri lauk ni. Tak puas makan pulak malam ni.”
Sampai je rumah, terus terbayang-bayang sotong masak telur masin yang kami makan tu. Adik aku yang rekomen try menu sotong goreng tepung salut telur masin ni. Memang sedap katanya. Aku pun baru first time cuba. Apa lagi malam tu jugak aku cari resepi dia.
Finally, jumpa jugak resepi sotong telur masin daun kari yang dikongsikan oleh Cik Puan Zaimah Zakaria ni. Nampak simple dan tak guna banyak bahan. Lauk semalam tu, sebijik macam ni. Tu yang aku nak try jugak resepi ni kat rumah nanti.
Tekstur sotong tetap rangup walaupun dah disalut dengan telur masin. Jangan lupa masak guna sotong fresh ye. Takut spoil pulak mood nak makan nanti. Sotong tak fresh ni boleh buat gatal badan. Lagi-lagi korang yang ada alergik.
RESEPI SOTONG TELUR MASIN DAUN KARI
Rasa tak sabar pulak nak tahu bahan-bahan yang digunakan dalam penyediaan sotong telur masin daun kari ni. Bahan-bahan dan step penyediaannya seperti dibawah. Jom cuba!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Sotong potong bulat (bersihkan, tos dan keringkan air sotong dengan tisu dapur)
- 1 cwn tpg jagung*
- Setengah cwn tpg beras*
- 3 sudu besar lada putih*
- 1 sudu kecil garam*
- Sebiji telur
Bahan-bahan tumis :
- 2 sudu besar butter
- Sebiji telur masin (nak rebus dulu pun boleh, tak nak rebus lecek-lecekkan. Ambik semua kuning dan putih)
- Cili padi
- 4 ulas bwg putih (diketuk)
- Daun kari 3@4 tangkai
- Sebiji bawang holland
CARA PENYEDIAAN SOTONG TELUR MASIN DAUN KARI :
▶️ Campur semua bahan bertanda*
▶️ Pecahkan telur dan kacau-kacau sebati. Masukkan sotong tadi satu-persatu.
▶️ Masukkan pula sotong yang dicelup tadi ke dalam bekas yang ada bahan-bahan bertanda* (Tepung untuk sotong goreng)
▶️ Goreng dalam minyak yang banyak dan panas.
▶️ Masukkan satu-persatu sotong dan jangan kacau. Agak-agak tepung dah garing baru kacau perlahan-lahan.
▶️ Bila sotong dah masak ketepikan.
▶️ Dah siap goreng, kita tumis pulak sotong yang dah goreng tadi.
▶️ Cairkan butter, masakkan bawang putih, bawang holland, cili padi dan daun kari.
▶️ Masukkan telur masin dan kacau-kacau rata.
▶️ Masukkan sotong yang di goreng tadi. Kacau sekejap dah angkat.
▶️ Hidang panas-panas. Siap!
BACA JUGA : Resepi Kuih Cara Berlauk Guna Trio Cupcake. Mudah Dan Tak Melekat!
Tekejut juga tengok harga makanan yang dibayar semalam. Mana tak nya, semua seafood takde pun lauk ayam. Kalau hari-hari makan kat luar macam ni. Boleh kopak dibuatnya. Baik la masak sendiri kat rumah.
Kadang dah bosan makan sotong goreng tepung biasa. Kalau nak ubah menu hidangan sotong, boleh la try resepi ni. Confirm jadi favourite korang lepas ni. Ala-ala sotong masak kat hotel gitu.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Zaimah Zakaria kerana sudi berkongsi resepi sotong telur masin daun kari ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!