Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Muffin Pisang Versi Bakar Dalam Pemanggang Ajaib. Mudah Dan Confirm Sedap!

0 36

Teringin nak makan mufin buat sendiri kat rumah. Boleh di makan panas-panas. Kali ni Saku nak try resepi muffin pisang versi bakar dalam magic pan ni. Nampak macam mudah sangat nak buat. Jom try buat!

Kalau orang lain zaman pemanggang ajaib dah lama berlalu. Sekarang orang dah pakai air fryer ye. Tapi rumah aku sebijik air fryer pun takde lagi. Memang tak pernah plan nak beli pun. Semua masak macam biasa.

Selain bakar muffin guna pemanggang ajaib dan air fryer. Korang boleh je bakar dalam periuk. Alhamdulillah hasilnya masih buat tersenyum gumbira ye. Nak tahu cara bakar dalam periuk, follow Resepi ni sampai habis.

Resepi muffin pisang versi bakar guna magic pan ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Norfazida Gda. Mudah dan confirm sedap! Muffin pisang ni lembut dan moist je hasilnya.

Bahagian atas muffin ni korang nak letak coklat chip pun boleh. Tapi dalam resepi ni kita letak coklat Langkawi dan hirisan badam. Terpulang ikut citarasa masing-masing. Janji tekstur maffin ni lembut dan sedap.

RESEPI MUFFIN PISANG 

Peminat muffin boleh cuba resepi ni kat rumah nanti. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan muffin pisang ni. Step penyediaannya jugak seperti dibawah.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 4 biji pisang berangan/rastali/ atau lain-lain
  • 1/3 cawan butter (dicairkan)
  • 1/2 cawan gula (ikut citarasa)
  • 1 biji telur (pukul sedikit)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum (diayak)
  •  1sk baking powder (diayak)
  • 1sk baking soda (diayak)
  • 1/2sk garam

 

Bahan tabur/hiasan pilihan : 
  • Chocolate chip/ chocolate rice/badam/ dll

CARA PENYEDIAAN MUFFIN PISANG : 

▶️  Lenyek pisang bersama 1 sudu kecil gula sehingga halus. Tambahkan garam, gaul sebati. Rehatkan selama 30 minit – 1 jam.

▶️  Dalam bekas lain, campurkan butter, gula dan telur. Kacau sehingga sebati menggunakan spatula.

▶️  Masukkan tepung gandum, baking powder dan baking soda yang telah diayak bersama. Kacau kaup balik perlahan sahaja hingga sebati. Jangan terlebih kacau supaya muffin tidak keras.

▶️  Panaskan pemanggang ajaib atau periuk berpenutup rapat atas dapur gas dengan api perlahan selama 5-10 minit. Susun paper cup ke dalam tray muffin. Masukkan adunan sehingga 3/4 penuh paper cup. Taburkan bahan hiasan. Letak coklat Langkawi dan hirisan badam pun boleh.

▶️  Masukkan tray muffin ke dalam pemanggang ajaib atau periuk pembakar. Bakar adunan muffin selama 20-25 minit.

▶️  Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Sambal Hijau Petai Yang Paling Sedap. Confirm Bertambah Nasi Dibuatnya!

 

Seriously! Semudah ni je nak buat muffin? Lepas ni senang aku nak hidang muffin untuk birthday anak-anak buah aku. Tak perlu nak order kat luar lagi. Jima pun jimat! Sesuai jugak hidang muffin ni untuk breakfast dan minum petang.

Pisang yang paling sesuai di buat muffin sudah tentu pisang berangan atau pisang rastali. Tapi, kalau korang nak guna lain-lain jenis pisang pun boleh je. Cuma rasa muffin agak berbeza dengan 2 jenis pisang ni.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Norfazida Gda kerana sudi berkongsi resepi muffin pisang yang gebu dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open