Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Masak Spaghetti Aglio Olio Seafood Yang Simple Dan Sedap. Buat Sendiri Lagi Jimat!

0 1,502

Ada kat sini penggemar spaghetti aglio olio seafood? Jom buat! Follow je resepinya disini. Menu spaghetti aglio olio ini mudah diperolehi di pelbagai restoran di sekitar Malaysia dan mempunyai permintaan yang sangat baik.

Kalau nak makan sapaghetti dekat kedai, mahal juga kan. Buat sendiri lebih jimat. Berbaloi dan nak makan banyak-banyak pun boleh. Nak tahu tak, resepi ini sangat mudah dibuat walaupun anda baru pertama kali ingin mencubanya.

Yang baru bertahtih nak masak pun berjaya masak tau. Aglio olio berasal daripada Itali dimana ianya bermaksud hidangan spaghetti bersama bawang putih dan minyak. Tidak seperti spaghetti yang biasa kerana teksturnya kering dan mempunyai rasa yang unik.

Selalunya, aglio olio boleh digabungkan dengan seafood seperti udang dan kepah. Kalau tak makan seafood, tak mengapa. Anda bebas untuk menggabungkan dengan apa sahaja lauk yang anda suka. Variasikannya ikut citarasa masing-masing.

Resepi spaghetti aglio olio seafood ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Maya Miera. Resepi spaghetti aglio olia ini menggunakan minyak olive oil untuk menumis. Tapi, nak guna minyak biasa pun boleh.

 

RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO SEAFOOD

Resepi ini boleh dikatakan salah satu resepi yang menyihatkan. Kalau nak makan malam pun boleh. Kurangkan makan nasi diwaktu malam ye. So, untuk mereka yang stay up boleh cuba resepi ni. Jom masak!

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • Sebungkus Spaghetti (rebus letak minyak + garam)
  • Udang + sotong (digoreng dan asingkan)
  • 4-5 ulas Bawang putih (dihiris)
  • 1/2 cawan Air rebusan spaghetti (letak dalam mangkuk asing)

Bahan sayuran : 
  • Cendawan (dihiris)
  • Brokoli (direbus sekejap)
  • Tomato ceri
  • Daun parsli
  • 2-3 Cili kering (dipotong serong)

Bahan lain : 
  • 1 Kiub ayam
  • 2 sudu Garam
  • 1-2 sudu besar Chili flakes
  • 1 sudu Lada hitam
  • Sedikit Oregano

CARA PENYEDIAAN SPAGHETTI AGLIO OLIO SEAFOOD : 

▶️ Tumis bawang putih sampai agak-agak garing.

▶️ Kemudian, masukkan cendawan dan kacau.

▶️ Masukkan pula semua jenis sayur-sayuran.

▶️ Tambahkan 1/2 cawan air rebusan spaghetti.

▶️ Masukkan chili flakes, lada hitam dan oregano.

▶️ Perasakan dengan kiub ayam dan garam. Gaul rata.

▶️ Last sekali, masukkan spaghetti dan kacau sampai sebati semuanya. Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Macaroni Baked Cheese Yang Marvellous. Rasa Sedap Dan Menjadi Dengan Eloknya!

 

Siap untuk dihidang! Baunya cukup menyelerakan. Mudah sangat nak buat sapaghetti aglio olio seafood ni. Hasilnya buat anda lebih puas hati dari makan diluar. Musim PKP dah tentu ramai yang tak dapat bawa anak-anak makan diluarkan.

Pelbagai resepi spaghetti yang ada dalam blog ni. Search je dan boleh cuba dirumah. Pilih resepi yang anak-anak anda suka. Anak suka, ibu ayah turut gembira. Kalau takde seafood guna ayam, sosej, isi ketam dan macam-macam lagi.

Kalau nak dapatkan rasa spaghetti aglio olio seafood yang setaraf sedapnya macam kat restoran, wajib juba resepi ni. Jangan lupa bahan yang wajib seperti olive oil, bawang putih dan chili flakes. Barulah enak! Semoga resepi ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open