Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Soto Ayam Simple Dan Senang Nak Buat! Memang Padu Rasanya, Makan Dengan Cili Kicap Lagi Sedap!

0 2,252

Hujung-hujung minggu ni best juga kalau dapat makan soto kan. Raya pula tu, best juga buat menu untuk open house nanti. Ramai yang buat open house minggu ni. Sebab isnin kan public holiday. Jom follow resepi soto ayam simple dan senang nak buat kat sini. Confirm terangkat dibuatnya!

Resepi ni bukan biasa-biasa ye. Kuah soto ni memang letops! Kuah bukan macam kuah sup biasa. Ni soto kuah pekat rasa rempah. Boleh tambah begedil dan buat cili kicap dia sekali. Baru makan tak cukup sepinggan nanti. Hidang panas-panas lagi sedap weh!

Hidangan ni memang sangat popular di negara seberang, sampaikan ramai orang Malaysia yang tergila-gilakan menu ni. Kalau ada majlis rumah terbuka, lagi-lagi di Hari Raya ni, hidangan soto ni lah antara menu yang paling ramai orang buat.

Korang kena cuba soto ayam yang di kongsikan oleh Cik Puan Ezah Hazreen ni. Super sedap! Sebab tu viral kat Facebook dan dapat 29k share. Korang si penggemar soto dan yang tak pernah cuba lagi, boleh follow resepinya di sini. Ikut sebijik-sebijik je. Confirm menjadi!

Actually, nak masak soto ni ada macam-macam cara. Ramai yang kata resepi ni antara yang paling senang nak ikut. Menurut Cik Puan Ezah Hazreen, beliau dah pakai resepi ni hampir 4 tahun. Suaminya tak persah jemu nak makan. Mak mertua pun selalu puji u olls.

 

RESEPI SOTO AYAM 

Keenakan soto ni bergantung dengan rasa kuahnya. Kalau dah rasa kuah biasa-biasa dan cair je, korang pun mesti tak lalu nak makan kan. Jom tengok bahan-bahan memasak yang diperlukan di bawah ni. Jangan lupa bahan accessories soto juga ye. Tak sedap plak jadinya nanti.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan-bahan untuk kuah soto :
  • Isi Ayam (Pakai bahagian isi sahaja)
  • Bawang besar/ Bawang holland 2 biji **
  • Bawang kecil 5-6biji **
  • Bawang putih 5 ulas **
  • Halia 1 inci **
  • Kunyit hidup/ serbuk kunyit je) **
  • Serai (di ketuk)
  • Perencah kurma 2 paket kecil
  • Perencah sup 1 paket kecil
  • Sup bunjut tulang
  • Kiub ayam knorr
  • Sup bunjut dengan 3 sekawan

** Kisar semua bahan bertanda ( ** )

Bahan-bahan untuk cili kicap :
  • Bawang putih
  • Cili burung (Hijau dan merah, merah jangan banyak sangat sebab pedas)
  • Kicap Jalen lemak manis
  • Gula 2 sudu
  • Sedikit garam

Bahan-bahan accessories simple untuk soto ayam :
  • Nasi impit
  • Taugeh
  • Isi ayam (di carik)
  • Kacang tanah (di goreng)
  • Daun sup

**Boleh juga tambah begedil

 

Bahan untuk bihun keropok soto :
  • Bihun (Tak perlu basuh biarkan keras je)
  • Minyak

CARA PENYEDIAAN SOTO AYAM :
Cara penyediaan kuah soto :

▶️ Tumis 3 sekawan dengan minyak dulu.

▶️ Kemudian, masukkan bahan kisar tadi dengan serai yang di ketuk. Tumis sampai pecah minyak.

▶️ Kemudian, masukkan rempah sup + kurma tadi. Boleh tambah air kalau takut hangus, masak sampai pecah minyak lagi sikit.

▶️ Lepas dah pecah minyak, masukkan isi ayam dan masak ayam sampai kecut.

▶️ Bila ayam dah kecut, masukkan pula air dan sup bunjut tadi. Air boleh laraskan ikut masing-masing samada nak pekat ataupun sedikit cair.

▶️ Kuah dah mengelegak masukkan kiub ayam. Masukkan 2 kiub ayam ye baru sedap. Masak sampai isi ayam tadi betul-betul masak.

▶️ Keluarkan isi ayam dari kuah, biarkan sejuk sekejap lepas tu carikkan isi ayam tu.

▶️ Boleh perasakan kuah dengan garam, gula, ajinomoto dan cukup rasa. Boleh tambah air juga kalau nak.

▶️ Lepas rasa dah ngam dengan tekak boleh tutup api. Kuah siap!

Cara penyediaan cili kicap :

▶️ Goreng kejap cili dan bawang putih guna kuali legend. Hati-hati ye sebab masa goreng ada letup-letup sikit.

▶️ Lepas tu kisar semua bahan-bahan tadi.

▶️ Cili kicap pedas siap!

Cara penyediaan bihun keropok soto :

▶️ Panaskan minyak dalam kuali sampai betul-betul panas. Masukkan bihun sedikit je sebab dia akan kembang.

▶️ Macam keropok, beberapa saat je jangan lama-lama nanti hangus. Keropok Siap!

▶️ Soto ayam siap untuk di hidang!

 

BACA JUGA : Resepi Nasi Beriani Kambing Tersedap Dan Tersenang Guna Kari Kambing Adabi Je. Boleh Try Untuk Menu Open House!

 

Aroma rempah yang enak! Baru syok nak makan soto kuah berempah dan pekat macam ni. Kalau cair sangat memang hilang mood nak makan. Walaupun korang penggemar tegar soto, tapi kalau kuah cair mood nak makan pun takde kan.

Untuk pengetahuan korang, Cik Puan Ezah Hazreen ni memang gemar berkongsi macam-macam resepi di Facebook. Semuanya pun menarik dan nampak sedap-sedap belaka. Kalau nak buat open house hujung minggu ni, bolehlah guna resepi soto ayam ni. Cepat save dan beli bahan.

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada beliau, kerana sudi berkongsi resepi soto ayam yang simple dan senang nak buat ni di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open