Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Nasi Kak Vouge Berinspirasikan Nasi Kak Wok Yang Popular Di Kelantan. Rasa Sekali, Confirm Nak Lagi!
Pegi je kedai makan big wok, mesti order nasi kak wok! Memang sedap sangat nasi kak wok ni. Apa kata hari ni korang cuba resepi nasi kak vouge yang berinspirasikan nasi kak wok ni. Fuh! Confirm korang bertambah-tambah nasi dibuatnya.
Nasi kak vouge ini juga hampir sama cara penyediaannya dengan nasi kak wok. Yang mana ianya lengkap dengan nasi putih, ayam goreng, gulai ayam dan sambal jantan. Makan gaul semuanya dalam pinggan memang sedap. Tambah pula dengan telur masin. Lagi bertambah sedapnya!
Resepi nasi kak wok ini sangat popular di Kelantan. Dan sudah pasti ramai penggemarnya. Nama nasi kak wok dan kak vouge pun hampir sama, rasa masakannya juga hampir sama. Kena cuba, barulah tahu kan.
Tengok gambar je dah rasa menitik air liur masing-masing nak makan nasi kak vouge ni. Apa kata korang follow resepinya yang di kongsikan oleh Cik Puan Afy AL Habibi ni. Confirm korang puas hati dengan hasilnya.
Korang yang merantau, memang kena try nasi vouge Cikgu Afy ni. Dapat juga korang makan hidangan dari Kelantan yang di masak sendiri di rumah kan. Bila lagi nak masak-masak lauk pauk negeri sendiri. Dah ada resepi ni, baik lah cuba sekali.
RESEPI NASI KAK VOUGE
Tanpa membuang masa, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak untuk gulai ayam, ayam goreng dan sambal jantan kat bawah ni. Asingkan bahan-bahan kalau nak lebih mudah. Jom masak!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan-bahan untuk gulai ayam :
- 3 ketul ayam (dicincang kecil)
- 1 sudu makan rempah gulai kak wok Kelantan
- 1 cawan air
- 1/2 keping manisan Kelantan @ gula melaka
- 2 senduk santan
- 1 biji terung (di potong dadu)
- 1/3 batang lobak merah (di potong dadu)
- 3 tangkai kacang panjang (di potong kecil)
- Minyak masak untuk menumis
- Garam, gula dan perasa secukupnya
Bahan-bahan kisar :
- 1 biji bawang merah (saiz bola ping pong)
- 1 ulas (kecil) bawang putih
- 1 hiris (nipis) lengkuas
- 1 hiris (nipis) halia
- 1 hiris (nipis) serai
- Secubit ketumbar dan jintan manis (tambahan)
Bahan-bahan untuk sambal jantan @ sambal killer :
- 1 genggam cili padi merah (dibuang tangkai)
- 1 inci belacan bakar
- 1 senduk kecil cuka
- 1 sudu makan garam
- 3 sudu makan gula
- 1/3 cawan air masak
- 1 biji limau kasturi
**Nak gunakan cuka sepenuhnya pun boleh
Bahan-bahan ayam goreng kak vouge :
- 3 ketul ayam dicincang kecil
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- Sedikit serbuk lada sulah
- Sedikit secukup rasa
CARA PENYEDIAAN NASI KAK VOUGE :
Cara penyediaan gulai ayam :
▶️ Panaskan minyak sedikit. Kemudian, tumis bahan kisar hingga naik bau.
▶️ Seterusnya, masukkan 1 sudu makan rempah gulai kak wok. Gunakan api perlahan sahaja.
▶️ Tuangkan pula 1/2 cawan air. Tutup dengan tudung periuk sehingga pes pecah minyak. Renehkan dengan api perlahan.
▶️ Masukkan perasa peringkat pertama iaitu 1/2 keping kecil manisan Kelantan dan 1/2 sudu teh garam halus.
▶️ Kemudian, masukkan isi ayam yang dicincang kecil. Tutup periuk dengan tudungnya.
▶️ Biarkan semua bahan mesra dan sebati kira-kira 15 minit dan masak guna api perlahan.
▶️ Kemudian, masukkan 2 senduk santan. Tambahkan juga 1/2 cawan air.
▶️ Setelah gulai mendidih, masukkan perasa peringkat kedua seperti garam, gula dan perasa mengikut cita rasa masing-masing.
▶️ Masukkan terung dan lobak merah yang dipotong dadu dan pendek. Biarkan gulai terus mendidih perlahan-lahan menggunakan api perlahan.
▶️ Biarkan kuah gulai mereneh selama 5 minit. Kemudian, masukkan potongan kacang panjang. Padamkan api. Kuah gulai yang beraroma dan sedap sedia untuk dinikmati.
Cara penyediaan sambal jantan @ sambal killer :
▶️ Satukan semua bahan dan kisar sehingga sedikit lumat.
▶️ Pastikan garam dan gulanya biar berasa bagi mengelakkan sambal cepat berkulat.
▶️ Hiris bulat kulit limau kasturi untuk menyedapkan lagi rasa sambal.
Cara penyediaan ayam goreng kak vouge :
▶️ Ayam dicincang kecil lalu dibersihkan. Toskan sehingga kering.
▶️ Masukkan bahan-bahan perap di atas.
▶️ Gaul sebati. Perapkan selama 20 minit untuk masa perapan paling minima.
▶️ Goreng sehingga ayam kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.
▶️ Hidangkan nasi bersama ayam goreng, gulai ayam Kak Vouge dan sambal.
BACA JUGA : Resepi Cucur Jagung Yang Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam. Makan Panas-Panas Dengan Sos Cili, Sedap Sangat!
Siap untuk dihidang! Sedapnya. Sambal ni boleh dibuat lebih awal supaya rasanya lagi sedap. Korang juga boleh bungkus nasi dalam kertas pembungkus. Sama macam kita makan dekat kedai di Kelantan. Tunggu sekejap. Barulah makan.
Kalau makan dalam pinggan tu kurang umpphh! Ha, korang rasailah perbezaan dan kesedapannya. Cikgu afy ni memang gemar sangat share macam-macam resepi kat Facebook. Banyak juga resepi beliau yang dah viral di Facebook.
Ribuan terima kasih juga di ucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi nasi kak vouge homemade ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!