Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Macaroni Baked Cheese Yang Marvellous. Rasa Sedap Dan Menjadi Dengan Eloknya! 

0 358

Resepi macaroni baked cheese ini merupakan makanan western yang sesuai dihidang buat keluarga. Kalau nak beli diluar agak mahal juga harganya. Tak puas pula nak makan. Apa kata kita buat macaroni baked cheese homemade pula.

Rasa macaroni baked cheese ini cukup dengan rasa pedas, manis, masam dan lemak berkrim. Sedap sangat tau! Makan panas-panas boleh terangkat dibuatnya! Yang membuatkan resepi macaroni ni lazat adalah sos putihnya.

Untuk bahagian sos putih, anda boleh menambahkan kepingan cheese untuk mendapatkan tekstur sos putih yang pekat. Selain menggunakan tepung gandum, sos putih juga boleh dibuat menggunakan tepung jagung.

Pelbagai cara memasak macaroni baked cheese yang ada. Masing-masing cara mampu menghasilkan rasa yang enak dan ada penggemarnya yang tersendiri. Untuk resepi macaroni baked cheese cara ini pula, boleh follow resepi Cik Puan Shah Shatry.

Macaroni baked cheese ini boleh dienakkan lagi dengan bahan tambahan seperti cendawan butang. Selain menggunakan ayam atau daging cincang, anda juga boleh menggunakan sosej ataupun jejari ketam.

 

RESEPI MACARONI BAKED CHEESE

Yang suka macaroni baked cheese, wajib cuba resepi ni. Confirm puas hati! Jom kita lihat bahan memasak yang diperlukan dan bagaimana pula dengan step by step cara penyediaannya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 2 cawan makaroni (direbus)
  • 1 biji bawang Holland ( potong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (potong dadu)
  • 1 mangkuk kecil daging/ ayam cincang
  • 1/2 tin sos pasta
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 cawan sayur campur
  • Garamdan gula secukupnya
  • Air secukupnya

 

Bahan untuk sos putih :
  • 2 sudu besar mentega/ marjerin
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 cawan susu segar/ susu cair
  • 1/2kiub ayam
  • 1 sudu serbuk lada putih

 

Bahan untuk topping :
  • Keju mozarella
  • 1 sudu besar mixed herb

CARA PENYEDIAAN MACARONI BAKED CHEESE :
Cara penyediaan macaroni : 

▶️ Panaskan air dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan garam, minyak dan makaroni. Rebus hingga lembut.

▶️ Tumis bawang hingga layu.

▶️ Masukkan isi daging atau ayam cincang dan sedikit air. Masak sehingga empuk.

▶️ Bila daging dah masak, masukkan sos pasta, sos cili dan sayur campur.

▶️ Kemudian, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

▶️ Bila semua rasa dah elok, masukkan makaroni dan lada hitam. Gaul sebati. Kemudian, tutup api. Angkat dan sejukkan

 

Cara penyediaan sos putih :

▶️ Panaskan mentega. Bila dah cair, masukkan tepung.

▶️ Bila tepung dah sebati, masukkan susu, kiub ayam dan lada putih.

▶️ Masak sehingga mendidih dan pekat.

▶️ Angkat dan sejukkan

Cara penyediaan topping :

▶️ Panaskan oven terlebih dahulu.

▶️ Leserkan loyang dengan marjerin.

▶️ Tuang makaroni yang dah dimasak tadi dan ratakan.

▶️ Kemudian, tuang pula sos putih diatas makaroni.

▶️ Last sekali, taburkan parutan keju mozzarella dan mixed herb.

▶️ Bakar pada suhu 170C selama 30 – 40 minit atau ikut oven masing-masing.

▶️ Bila dah masak, angkat sejukkan sekejap baru potong. Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Mee Ayam Indonesia Yang Cukup Enak. Tak Perlu Ke Indonesia Untuk Makan Mee Ni, Buat Je Di Rumah!

 

Siap untuk dihidang! Walaupun menggunakan banyak parutan cheese, rasanya tetap tak muak. Sebab macaroni ni tak cuma mempunyai lemak cheese tapi dipedaskan lagi dengan sos cili, dimasamkan dengan sos pasta.

Hidangan yang lengkap rasanya dan pastinya enak! Kalau suka pedas, boleh je masukkan cili api yang dihiris nipis. Masak sekali dengan makaroni tadi. Tapi, tak sesuai guna tips ni untuk dihidangkan buat anak-anak.

Lepas ni tak perlu beli macaroni baked cheese diluar lagi. Resepi ni sangat mudah. Siapa je boleh buat. Yang penting jimat, mudah dan puas hati! Semoga resepi macaroni baked cheese ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open