Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Nasi Kerabu Golok Yang Sedap Sehingga Menjilat Jari. Cuba Sekali Jer Pun Dah Menjadi!

0 15,239

Makanan Kelantan ni bukan lagi jadi makanan kegemaran orang Kelantan bahkan yang tinggal di luar negeri juga ada yang sudah jatuh cinta dengan keenakan rasa nasi kerabu ni.

Ramai yang jual nasi kerabu tapi tak semua berjaya hasilkan nasi kerabu yang betul-betul sedap. Kadang-kadang bila tekak dah serasi dengan nasi kerabu, bila cuba nasi kerabu di kedai lain, pelik kenapa tak sama. Kenapa rasa berbeza.

Senang je, sebab tukang masaknya tak sama. Macam kita lah, bila masak kari ayam.  Tak semua rasa kari ayam itu sama. Ada yang mempunyai rahsia dalam setiap masakan dia.

Nasi kerabu ni ada dua jenis. Satu nasi kerabu biasa dan satu lagi nasi kerabu tumis. Dalam perkongsian resepi nasi kerabu yang dishare oleh Cikgu Afy AL Habibi ni memang awesome dan sesuai sangat untuk orang diet.

Dahlah baunya yang harum disebabkan menggunakan 100 bunga telang ni, tambah pula bahan perasa juga digantikan dengan yang lebih sesuai dan kurangkan kuantitinya. Jadi, jom saya kongsikan cara-cara nak buat nasi kerabu yang super sedap ni!

 

RESEPI NASI KERABU GOLOK

Seperti yang kita maklum, nak buat nasi kerabu ada banyak bahan-bahan yang diperlukan.

RESEPI KELAPA PARUT

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • Sangai sebiji kelapa parut
  • 1 sudu besar Gula
  • ½ sudu besar Garam
  • 1 sudu besar lada hitam

 

BAHAN KISAR

  • 1 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • sehiris nipis halia
  • sebatang serai

CARA PENYEDIAAN KELAPA PARUT:

▶ Mula-mula sangai kelapa parut sehingga kekuningan. Kisar kering supaya dapat kelapa yang hasil halus. Ketepikan seketika.

▶ Kisar kering semua bahan kisar. Tambahkan gula, garam dan serbuk lada hitam. Gula tu gantikan brown sugar low GI, dan garam gantikan dengan garam bukit.

▶ Boleh gunakan kisar kering atau tumbuk pun boleh.

▶ Satukan bahan -bahan ni dengan kelapa parut tadi. Gaul sekata

▶ Pasang api dan sangai  semula menggunakan api perlahan untuk mengelakkan kelapa cepat rosak.

▶ Biar 2 hingga 3 minit sebelum tutup api.

 

RESEPI ISI IKAN :

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 7-8 ekor ikan sardin atau ikan selayang
  • 1 sudu besar cuka
  • 2 keping asam gelugur
  • 2 hiris lengkuas
  • ½ sudu besar garam bukit
  • ½ inci gula merah / manisan
  • ½ sudu besar serbuk lada hitam
  • ½ sudu besar serbuk lada putih
  • Garam bukit

CARA PENYEDIAAN ISI IKAN :

▶ Mula-mula rebus ikan sardin/ Selayang. Susun ikan dalam periuk. Masukkan cuka, asam gelugur, lengkuas, sudu besar garam bukit dan gula manisan.

▶ Tambahkan sedikit air. Rebus sehingga air kering.

▶ Dah siap rebus, asingkan isi ikan dan tulang.

▶ Tumbuk isi ikan sehingga lumat

▶ Kemudian, masukkan dalam kuali. Tambah serbuk lada hitam dan lada putih. Gaul sekata.

▶ Masukkan secubit garam.

▶ Gaul seketika. Sangai selama 5 hingga 6 minit atau sehingga isi ikan sedikit kering sebelum tutup api.

RESEPI AYAM BAKAR BLACKPEPPER

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 4 ketul ayam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 3 ulas bawang putih yang ditumbuk lumat
  • secubit dua serbuk lada
  • 1 sudu kecil garam bukit

BACA JUGA: Resepi Kek Marble Yang Gebu Dan Lembut. Caranya Mudah Jer Dan Comfirm Menjadi!

CARA PENYEDIAAN AYAM BAKAR BLACKPEPPER :

▶ Gaul rata semua bahan kecuali ayam.

▶ Lumur pada ayam dan perap dalam ½ jam.

▶ Masukkan ½ sudu besar minyak atas pan atau kuali

▶ Kemudian bakar ayam sehingga masak

 

RESEPI NASI BERHERBA

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 10 kuntum bunga telang
  • Air yang telah disukat sesuai untuk beras masak
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 batang serai (ketuk hujungnya)
  • 2 hiris halia
  • 2 helai daun limau purut

CARA PENYEDIAAN NASI BERHERBA :

▶ Mula-mula buang tangkai bunga telang. Kisarkan sehingga lumat

▶ Basuh beras sehingga bersih. Masukkan air bunga telang tadi.

▶ Kemudian masukkan daun kunyit, serai, halia, dan daun limau purut.

▶ Masak nasi seperti biasa sehingga kering

 

RESEPI SAMBAL LADA JANTAN

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • Segenggam cili padi merah
  • 1 biji lemon – ambil jusnya
  • ½ sudu kecil garam bukit
  • ½ sudu kecil ‘brown sugar’
  • Sedikit air

CARA PENYEDIAAN SAMBAL LADA JANTAN :

▶ Kisar semua bahan di atas sehingga sedikit lumat.

▶ Untuk dapatkan rasa sambal yang sedap dan kurang pedas, sebaiknya buat sambal lebih awal

 

RESEPI BUDU

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • Semangkuk budu apa-apa jenama
  • Perahan jus lemon
  • Cili padi merah
  • Cili padi hijau

 

CARA PENYEDIAAN :

▶ Satukan dalam mangkuk. Hiaskan dengan cili padi merah dan hijau.

 

ULAM-ULAMAN

Hiris halus :

  • Daun kengsum
  • Daun selom
  • Ulam raja
  • Daun kunyit
  • Bunga kantan
  • Serai
  • Timun batang jepun
  • Taugeh

CARA HIDANGAN NASI KERABU GOLOK :

  • Nasi senggengam
  • 1 sudu besar kelapa parut
  • 1 sudu besar isi ikan
  • 1 keping dada ayam bakar
  • 2 genggam ulam
  • 1 sudu kecil (kfc) sambal jantan
  • 1 sudu kecil (kfc) budu

 

CARA MAKAN :

▶ Gaul rata semua bahan

▶ Dan rasa nasi kerabu golok ini memang terbaik!

Semoga bermanfat

Waah! Seronok betul rasa bila ada yang kongsikan resepi nasi kerabu macam ni. Memang detail dan lengkap satu persatu setiap bahan yang digunakan.

Barulah mudah untuk orang lain nak follow. Kalau korang nak tahu, resepi ini merupakan resepi Cik Puan Afy ni berniaga tau. Baiknyaa dia.

Jadi, sebelum nak buat tu bolehlah sharekan dulu di wall facebook. Mana lah tahu ada orang juga mendapat manfaat seperti kita.

Saya ucapkan selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open