Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Sayur Peria Tumis Telur Kari Yang Sedap Dan Tak Pahit. Banyak Giler Khasiat Sayur Ni!
Ramai orang tak suka makan sayur peria kan. Sebabnya sayur ni pahit. Tapi ada banyak manfaatnya. Tips untuk hilangkan rasa pahit kat sayur ni pun ada. Jom follow resepi sayur peria tumis telur kari ni kat sini. Confirm tak pahit!
Lepas follow resepi ni mesti korang dan pandai makan sayur peria. Ha, ni salah satu tips untuk masak peria dan hilangkan pahit. Bila dah potong sayur, korang kena rendam seketika dengan air garam. Lepas tu, basuh semula dan sedia untuk dimasak.
Rasa pahit yang dilawankan dengan garam, boleh hasilkan rasa natural. Pahit akan hilang dan boleh masak sayur peria ni ikut cara sendiri. Makan sayur ni seminggu sekali pun bagus jugak. Boleh bantu mengurangkan tahap kolestrol.
Selain daripada itu, peria ni jugak elok untuk mengurangkan gula dalam darah, merawat diabetes, mengawal berat badan, memperbaiki penghadaman dan macam-macam lagi. Elok jugak untuk kulit, rambut, mata dan tulang.
Resepi sayur peria tumis telur kari ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Nurul Ateekah. Nak bagi nama peria goreng telur ikan bilis pun boleh. Lauk ni mudah sangat nak buat ye. Sedap pulak tu!
RESEPI SAYUR PERIA TUMIS TELUR KARI
Tak sabar nak masak untuk lauk makan malam ni. So, tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan sayur peria tumis telur kari ni. Step memasak seperti dibawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 buah peria
- ½ biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 cm halia ditumbuk halus
- 2 sudu besar ikan bilis (digoreng)
- 1 biji telur ayam (digoreng hancur)
- 1.batang cili merah
- 1 batang cili hijau
- 1 biji telur ayam
- ½ sudu kecil lada hitam
- 1sudu kecil kunyit
- 1 sudu kecil serbuk kari
- Serbuk perasa
- Minyak masak menumis
CARA PENYEDIAAN SAYUR PERIA TUMIS TELUR KARI :
▶️ Goreng ikan bilis dan ketepikan.
▶️ Masukkan bawang putih, bawang merah dan halia. Tumis sampai kekuningan dan naik bau.
▶️ Masukkan pulak cili merah dan hijau yang dihiris tadi.
▶️ Masukkan telur dan kacau.
▶️ Kemudian, masukkan pulak serbuk kunyit, serbuk kari dan lada hitam.
▶️ Gaul rata, kemudian masukkan serbuk perasa dan suaikan.
▶️ Akhir sekali, masukkan sayur peria dan masak seketika. Siap!
BACA JUGA : Resepi Kuih Bakar Pandan Yang Mudah Nak Buat. Lembut Dan Confirm Sedap Ye!
Dulu susah betul nak makan sayur ni. Tapi kalau jumpa kat kedai makan, biasanya mesti masuk dalam pinggan. Nak makan tapi tak reti nak hilangakan pahit tu. Kat kedai makan, biasanya sayur peria ni dah tak rasa pahit kan.
Lepas ni setiap minggu akan masak sayur ni kat rumah. Actually sayur ni memang sedap dimakan. Tapi ramai yang tak tahu tips nak hilangkan pahit tu. Senang la korang nak masak kat rumah lepas ni. Badan pun rasa lebih sihat, lepas amal sayur ni.
Ribuan terima kasha diucapkan kepada Cik Puan Nurul Ateekah kerana sudi berkongsi resepi sayur peria tumis telur kari ini di Facebook. Confirm dah tak pahit. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!