Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Kek Sarang Semut Lembut Dan Menjadi. Resepi Mudah Boleh Buat Jualan

0 6,500

Nak buat kek sarang semut ni, memang banyak cabaran dan pantangnya. Ye lah, menjadi nya kek sarang semut ni bila lubang-lubangnya menjadi elok je cantik.

Sebab tu lah kalau kita perasan, yang buat jualan akan cantik-cantik je lubang sarang semut tu. Sebab ada tip yang Cik Puan TgkhuZanika ni macam mana nak hasilkan lubang sarang yang cantik.

Resepi yang beliau kongsikan ni, resepi yang digunakan untuk buat jualan tau. Alhamdulillah rezeki beliau tak putus-putus dengan kek sarang semut ini. Semoga ianya bermanfaat kepada anda semua.

 

RESEPI KEK SARANG SEMUT

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

Untuk membuat kek sarang semut ni ada dua bahagian bahan yang perlu kita sediakan. Jom saya kongsikan cara-caranya.

 

BAHAN A :

  • 2 Gelas gula
  • 2 Gelas air panas
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 2 sudu besar marjerin

BAHAN B :

  • 7 biji telur Gred A
  • 2 gelas tepung kek bluekey
  • 1 sudu besar soda bikarbonat
  • ½ tin susu pekat manis
  • 1/3 sudu kecil garam
  • 1 penutup @ 1 sudu kecil esen pisang

CARA PENYEDIAAN KEK SARANG SEMUT :

▶ Mula-mula sekali, cairkan gula dalam kuali. Bila dah menggelegak dan perang, cepat – cepat masukkan soda bikarbonat. Kacau laju-laju sambal masukkan air panas.

▶ Kacau sekejap sampai larut dan terus tutup api.

▶Masukkan marjerin. Kacau sebati biar cair sebati dengan air gula.

** Tujuan masukkan soda bikarbonat tu supaya dapatkan warna kek yang gelap.

** Biarkan sejuk atau suam-suam kuku

▶ Dalam bekas lain pukul telur menggunakan whisk. Pukul manja je.

▶ Masukkan esen pisang. Kacau sebati.

BACA JUGA: Resepi Nasi Kerabu Golok Yang Sedap Sehingga Menjilat Jari. Cuba Sekali Jer Pun Dah Menjadi!

▶ Kemudian, masukkan susu dan pukul sekata.

▶ Ayak tepung kek bluekey bersama soda bikarbonat

▶ Masukkan tepung ke dalam adunan tadi. Kacau sampai sekata

▶ Air gula yang kita buat tadi, dah suam masukkan sedikit demi sedikit

▶ Bila dah sebati boleh siapkan Loyang untuk membakar

▶ Sementara tu panaskan oven dulu ye.

▶ Bakar menggunakan api bawah sahaja dengan suhu 150 darjah Celsius selama 1 jam.

▶ Kemudian tambah lagi 15 minit turunkan suhu kepada 120 menggunakan api atas bawah. Bergantung juga pada oven masing-masing tau.

** Tujuannya adalah untuk kekalkan kek supaya tahan lama

Bila dah siap, sejukkan seketika dan bolehlah potong. Korang akan nampak hasil lubang sarang yang cantik. Biasanya sekali buat je dah terus menjadi. Bila dah jadi tu, bolehlah kongsi rezeki dengan jiran sebelah rumah.

Ada rezeki lebih, bolehlah keluarkan modal untuk buat jualan pulak. Musim sekarang ni, memang ini lah car akita nak buat side income. Buat kerja dari rumah je pun boleh. Ada masa yang cukup nak membakar, ada masa juga untuk keluarga.

Bila dah buat kek ni, memang hari-hari suami dan anak-anak akan merasa ke sarang semut yang sedap ni. Tak susah kan kalau tengok daripada cara resepi ni kongsikan.

Dapat belajar cara buat kek sarang semut yang cantik dan menjadi, dapat juga buat tambah income sampingan. Nanti kalau nak buat kek ni, jangan lupa kongsikan dekat wall facebook tau. Mana tau ada orang lain juga yang perlukan manfaat dari resepi yang saya kongsikan ni.

Jadi, kepada anda semua, saya ucapkan selamat mencuba buat kek sarang semut yang awesome ni dan selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open