Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kuah Lontong Yang Sedap Dan Marvellous! Makan Dengan Sambal Bilis Memang Padu!

0 9,974

Kalau ada orang makanan kegemaran paginya adalah nasi lemak. Ada pula yang suka makan roti canai. Tapi ada golongan yang paling suka makan lontong untuk makan pagi mereka! Letak sambal bilis sikit, lebihkan nasi impit. Fuuh! Padu betul.

Nak makan lontong ni tidaklah semestinya waktu pagi, sebab ada juga yang sediakan di waktu lain seperti untuk makan petang, atau paling selalu nampak adalah di hari raya.

Selain daripada mee kari, bihun sup, lontong ni juga salah satu menu pilihan kebanyakan orang di Malaysia. Sedap tu memang tak terkata. Rasa kuah yang lemak-lemak santan, bila makan setiap suapan ada sayur-sayuran dengan nasi impit memang sedap!

Tapi ada yang tak menjadi buat kuah lontong ni, sebab dia gunakan santan jadi kenalah berhati-hati. Kali ni saya kongsikan resepi daripada Cik Puan Nur Sabiha Rosli yang share macam mana nak buat kuah lontong yang sedap dan power!

 

RESEPI KUAH LONTONG

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • ¼ biji kubis – potong kecil
  • 1 batang carrot – potong panjang
  • 9 batang kacang panjang – potong
  • 1 ikat soo hoon
  • 1 keping fucuk – potong panjang
  • 1 keping tempe – potong dadu dan goreng dahulu
  • 2 batang serai – ketuk
  • 1 cawan udang segar
  • ½ biji kelapa parut ( ambil santannya)
  • Garam gula secukup rasa
  • Serbuk kunyit

 

BAHAN KISAR :

  • 8 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 2 sudu besar udang kering

CARA PENYEDIAAN KUAH LONTONG :

▶ Mula-mula masukkan air dalam separuh periuk. Masukkan bahan kisar dan serai bersama ke dalam periuk tersebut. Biarkan sehingga mendidih supaya bahan masak sepenuhnya.

▶ Seterusnya masukkan bahan sayuran yang keras dulu seperti, kacang, lobak merah, kubis, dan juga udang.

▶ Bila dah agak lembut, masukkan santan separuh periuk. Kacau sehingga mendidih.

BACA JUGA: Cara Buat Nasi Goreng Tomyam Padu Marvellous! Rasa Sebijik Macam Kedai Thai!

▶ Kemudian, masukkan serbuk kunyit untuk cantikkan lagi kuah kita. Sehingga warna dah agak cantik, masukkan semua bahan lain termasuk tempe dah soo hoon.

▶ Pastikan guna api yang perlahan sahaja supaya bahagian bawahnya tidak hangit.

▶ Sayur dah lembik, baru lah sedap makan lontong ni.

▶ Akhir sekali, perasakan dengan garam dan bahan perasa.

▶ Rasa dah sedap, boleh padamkan api.

 

Kalau ada hidangan lontong ni depan mata, memang tak perlu lagi dah makanan lain. Syarat yang wajib ada untuk makan lontong adalah nasi impitnya, kuah lontong dan sambal bilis.

 

RESEPI SAMBAL IKAN BILIS SIMPLE

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 1 genggam ikan bilis belah
  • 5 biji cili padi
  • 1 genggam cili kering
  • 6 biji bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
  • Secubit perasa
  • 1 keping asam keping

CARA PENYEDIAAN SAMBAL BILIS :

▶ Basuh semua bahan bersih-bersih

▶ Goreng ikan bilis sehingga garing dan rangup

▶ Kisar bawang kecil, bawang putih, cili kering, belacan dan juga cili padi. Kisar sampai hancur.

▶ Panaskan minyak, dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.

▶ Kemudian masukkan garam, asam keping, gula dan bahan perasa.

▶ Masak lagi seketika sambal kacau supaya bahan sekata.

▶ Akhir sekali masukkan ikan bilis yang digoreng tadi. Gaulkan sebati dengan bahan- sambal.

▶ Tutup api dan sedap dihidangkan bersama lontong!

Bila semua dah ada, siaplah satu hidangan lengkap yang boleh kita buat untuk hidangan seisi keluarga. Tak perlu tunggu waktu raya, nak buat makan saje-saje pun boleh.

Kepada yang memang cari resepi nak buat kuah lontong yang sedap, boleh cuba follow resepi yang saya kongsikan ni. Resepi mudah, rasa sedap dan semua orang suka!

Jadi, saya ucapkan selamat mencuba kepada semua yang belajar buat kuah lontong sedap ni ya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open