Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kunafah Homemade Ala-Ala Restoran Arab Yang Confirm Sedap. Hantu Cheese Wajib Cuba!

0 732

Siapa yang selalu order kunafah bila makan kat restoran Arab? Korang mesti hantu cheese kan? Ha, apa kata hari ni kita cuba buat kunafah homemade ala-ala restoran Arab. Lagi syok! Sebab korang boleh adjust rasa manisnya sendiri. Kalau makan kat restoran boleh potong kaki dibuatnya!

Kunafah atau nama lainnya iaitu kanafeh ni di buat menggunakan pastri kunafah tu sendiri dengan campuran cheese dan gula. Memang manis ye! Ianya juga merupakan dessert orang Arab yang sangat popular. Korang yang pernah ke tanah Arab mesti pernah makan kunafah asli kat sana kan.

Rupa pastri kunafah ni macam bihun. Tapi teksturnya agak halus macam karpet dan bulu kucing gitu. Mungkin agak susah nak beli kat luar. Tapi korang boleh dapatkan pastri kunafah ni di Shopee. Original resepi kunafah ni menggunakan Akkawi cheese. Tak gune cream cheese. Tapi nak mudah guna je apa yang ada.

Kalau dah masuk dalam peti. Korang kena panaskan dulu sebelum makan. Supaya cheese melting dan pastry menjadi crispy. Barulah rasa nikmat nak makan nanti. Open house raya ni, korang cuba buat kunafah homemade. Asingkan je curahan gula tu. So, tetamu boleh adjust sendiri tahap manis yang mereka nak.

Resepi kunafah homemade ni telah di kongsikan oleh Encik Wan LuQman melalui laman Facebooknya. Semua resepi yang beliau kongsikan mesti menjadi perhatian ramai. Menurutnya, resepi kunafah ni baru kali pertama di cubanya. Dan alhamdulillah menjadi.

 

RESEPI KUNAFAH HOMEMADE

Resepi Encik Wan LuQman ni tak menggunakan Akkawi cheese. Di gantikkan dengan cheese arab brand Teama. Beliau sangat suka cheese tu. Sedap sangat katanya. Complete kunafah ni kena ada anak rose. Tapi benda tu mahal, lagipun bukan nak makan sangat kan. So, kita abaikan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Kunafa Pastri/ Kataifeh
  • Cream Cheese/ Akkawi Cheese
  • Susu 250ml
  • Mozzarella Cheese Block 250gm (lebihkan pun takpe)
  • Air Mawar, Lemon, Gula
  • 200ml air
  • Pistachio
  • Butter yang telah dicairkan

CARA PENYEDIAAN KUNAFAH HOMEMADE :

▶️ Curah melted butter pada kunafa pastri untuk bagi warna kuning-kuning sikit. Kemudian, gaul rata.

▶️ Masukkan kunafa pastry ni jangan tebal sangat ye. Tekan bagi padat sedikit.

▶️ Panaskan susu sekotok. Masukkan cream cheese. Guna separuh dari 250gm cream cheese ni.

▶️ Tambah lagi dengan cheese arab. Cheese Teama ni memang sedap! Guna dalam 4 butir je. Kalau nak guna ni pun boleh. Tak payah dah guna cream cheese tatura tu. Kacau sampai cheese cair.

▶️ Masukkan mozzarella cheese. Boleh potong-potong dulu sebelum masukkan. Kacau sampai dia pekat.

▶️ Lapisan pertama pastri, cheese, pastri lagi. Tekan bagi mampatdan padat sikit.

▶️ Panaskan oven dulu. Didihkan air dan masukkan gula. Nak guna gula putih pun boleh je. Perah 1/2 biji limau. Masukkan pula air mawar.

▶️ Bakar pada suhu 180C selama 10-15 minit.

▶️ Curah air gula dan hias dengan kacang pistachio.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Cheesy Baked Macaroni Simple Tanpa Guna Source Carbonara Dan Tomato Sauce Prego. Sekali Ngap Pasti Nak Lagi!

 

Kita sendiri set nak manis mana ye. Tu yang syoknya kalau buat sendiri. Kalau makan kat luar, memang rasa nak potong kaki manisnya. Buat banyak-banyak, boleh simpan dalam peti. Esok lusa nak makan korang bakar je nanti. Barulah kunafah jadi lebih garing dah cheese cair gitu!

Nak beli banyak kat luar tu boleh tahan mahal juga. Lagi jimat kalau buat sendiri. Korang boleh guna 100% mozzarella cheese kalau nak cheese tertarik panjang. Fuh! Sedap weh kunafah ni. Yang tak pernah cuba lagi, korang wajib cuba. Especially korang si hantu cheese. Makanlah sampai muak!

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Wan LuQman kerana sudi berkongsi resepi kunafah homemade ala-ala restoran Arab ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba! 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open