Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Nasi Goreng Tomyam Padu Marvellous! Rasa Sebijik Macam Kedai Thai!

0 2,613

Mereka yang sukakan apa-apa makanan Thai, sudah pasti tak boleh nak tolak jika dihidangkan masakan Thai kan. Kalau keluar makan di kedai pun, wajib order tomyam Thai, Ikan siakap 3 rasa ala thai.

Ada yang suka makan nasi goreng tomyam? Kalau ada yang belum rasa, memang wajib cuba oder dekat kedai atau boleh je buat sendiri dari dapur kita.

Sebenarnya nak buat nasi goreng ni senang je, tapi wajiblah ada bahan utamanya seperti pes tomyam atau pun kiub pari tomyam pun dah boleh hasilkan rasa nasi goreng tomyam yang padu!

Bila terjumpa pulak resepi Cik Puan Noorhafizah Ismail kita ni, lagilah rasa bersemangat untuk suruh cuba sebab resepi yang dikongsikan ni sangat ringkas, mudah dan rasa dia sedap. Jom saya kongsikan bahan-bahan yang digunakan dan cara nak buat dia.

 

RESEPI NASI GORENG TOMYAM

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • Udang / sotong
  • Bawang merah & putih (dikisar/ ditumbuk)
  • 1 sudu cili kisar
  • Daun limau purut
  • Serai (dihiris)
  • Cili padi
  • Kiub pati tomyam
  • Kubis bunga dan carrot

CARA PENYEDIAAN NASI GORENG TOMYAM :

▶  Mula-mula sekali, basuh bersih udang, buang tali hitam di belakang uratnya. Bersihkan sotong. Dan toskan seketika.

▶  Kemudian, panaskan minyak dan tumis bawang kisar dan cili kisar. Tumis sampai naik bau atau sedikit garing ye.

▶  Bila dah naik bau tu, masukkan kiub pati tomyam, daun limau purut dan juga serai. Kacau sebati dan boleh masukkan sedikit air kalau pekat.

▶  Kemudian masukkan udang dan bila air dah nak dekat kering, masukkan nasi. Kacau sekejap, masukkan sotong dan sayur

BACA JUGA: Resepi Lengkap Nasi Ayam Kukus Ayam Berempah Serta Kerutuk Daging! Wajib Ada Sambal Belacan Padu!

▶  Tabur cili padi dan gaul sekata dengan nasi  supaya rasa pedas dia tu sampai ke semua nasi.

▶  Boleh juga masukkan cili padi ni sebelum masukkan udang.

▶  Masukkan perasa, garam boleh letak sikit je sebab kiub pati tomyam yang kita gunakan tu dah ada rasa masin

▶  Gaul nasi supaya sekata dengan semua bahan. Boleh padamkan api.

▶  Dah siap boleh dimakan bersama kepok keping

Makan nasi goreng ni panas-panas memang layanz! Keropok  keping merupakan pelengkap makanan bila kita makan dengan nasi goreng. Sesetengah orang suka tambah telur, tambah ikan masin  rangup, kita goreng keropk keping pun dah boleh buat kita bertambah!

Kalau yang baru nak belajar cara nak buat resepi nasi goreng tomyam ni, senang je kan bila follow resepi ni. Sekali cuba je boleh manjadi seda. Hidangkan pulak kepada family untuk makan malam. Confirm lah mereka suka!

Sebelum buat resepi nasi goreng tomyam ni, jangan lupa sharekan dulu dekat facebook y. mana tahu ada orang lain yang mencari resepi nasi goreng tomyam padu ni. Boleh dapat manfaat yang sama.

Saya ucapkan selamat mencuba ye!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open