Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Nasi Minyak Hujan Panas, ceria warna warni. Dah Cuba Confirm Nak Lagi!

0 7,770

Tengok sahaja nasi minyak terus terbayangkan majlis kenduri. Biasanya di kenduri baru dapat nak makan nasi minyak. Al-maklumlah nak buat sendiri tak berapa rajin sangat.

Tapi bila tekak terasa nak makan, terjumpa pula resepi nasi minyak hujan panas dengan ayam masak merah yang sedap. Waktu makan tu, jangan lupa goreng papadom dulu ye. Bertambah berselera lah satu rumah!

Terima kasih kepada pemilik resepi PuanHidayati Hana yang kongsikan resepi nasi minyak hujan panas yang awesome ni.

Jom kita tengok cara pembuatan Nasi Minyak Hujan Panas, Ayam Masak Merah dan juga Dalca Telur ni.

 

RESEPI NASI MINYAK HUJAN PANAS

  • 3 Cawan Beras Basmathi
  • 1 Biji Bawang Besar
  • 5 Ulas Bawang Putih
  • 1 Inci Halia
  • Rempah 3 Sekawan ( Kulit Kayu Manis, 1 Biji Bunga Lawang, 2 Biji Buah Pelaga)
  • 2 Sudu Besar Mentega ( Minyak Sapi)
  • 1 Kiub Pati Ayam
  • ½ Cawan Susu Cair
  • 2 helai Daun Pandan
  • Pewarna Masakan ( Hijau, Merah dan Kuning)
  • Kismis
  • Bawang Goreng

 

CARA PENYEDIAAN NASI MINYAK HUJAN PANAS :

▶ Rendam beras lebih kurang 30 minit. Kemudian toskan airnya. Masukkan ke dalam periuk nasi. Ketepikan

▶ Kisar bawang besar, bawang putih dan halia sehingga hancur

▶ Panaskan mentega dan tumis bahan yang telah dikisar

▶ Masukkan 3 sekawan dan juga daun pandan

▶ Bila bahan tumis dan garing, masukkan susu cair, kiub pati ayam, garam dan sedikit air

▶ Biarkan sehingga sedikit menggelegak dan bahan larut.

▶ Masukkan ke dalam periuk nasi dan masak nasi seperti biasa

▶ Bila nasi dah kering, titiskan pewarna -pewarna tadi.

▶ Biarkan selama 5 minit, baru gemburkan nasi menggunakan garfu.

▶ Tujuannya adalah supaya nasi tidak patah

▶ Akhir sekali, taburkan kismis dan bawang goreng.

Sedia dihidang

Nak makan Nasi Minyak Hujan Panas ni mestilah dengan lauk utamanya iaitu Ayam Masak Merah yang sedap. Ini cara-cara nak buat Ayam Masak Merah.

 

RESEPI AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • ½ Ekor Ayam
  • 2 Cawan Cili Kisar
  • 1 Biji Bawang Besar
  • 4 Ulas Bawang putih
  • 1 Inci Halia
  • 4 Biji Bawang Merah ( dihiris halus)
  • Rempah 3 Sekawan (Kulit Kayu Manis, Bunga Lawang, Buah Pelaga)
  • 2 Sudu Besar Sos Cili
  • 1 Sudu Sos Tiram
  • 1 Sudu Besar Sos Tomato
  • 1 Cawan Air
  • Garam dan Gula Secukupnya
  • Daun Bawang atau Daun Ketumbar (sebagai hiasan)

 

CARA PENYEDIAAN :

▶ Pot0ng ayam mengikut saiz yang kita suka.

▶ Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam. Kemudian, goreng sehingga masak.

▶ Menggunakan minyak goreng ayam tadi, goreng bawang merah yang dihiris, angkat dan ketepikan.

▶ Kisar bawang besar, bawang putih, dan juga halia. Kisar sehingga halus.

▶ Tumiskan bahan kisar dan rempah 3 sekawan sehingga naik bau.

▶ Dah naik bau, masukkan cili kisar.

▶ Tumis hingga cili agak garing.

▶ Kemudian, masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau sehingga sebati, masukkan sedikit air

▶ Perasakan dengan garam dan gula.

▶ Setelah mendidih, masukkan ayam yang sudah digoreng tadi dan biarkan seketika.

▶ Tabur bawang goreng, gaul sekata.

▶ Tutup api dan masukkan ke dalam mangkuk.

▶ Hiaskan dengan daun ketumbar atau daun bawang.

Sebagai penambah rasa, jom saya kongsikan resepi dan cara buat Dalca telur. Sudah pastinya ianya mudah je.

BACA JUGA: Cara Masak Tosai Mudah Menggunakan Nasi Sejuk. Sedap Makan Panas-Panas!

RESEPI DALCA TELUR

Bahan-bahan yang digunakan :

  • 5 Biji Telur (direbus)
  • 2 Biji Kentang
  • 1 Biji Lobak Merah
  • 1 Biji Tomato
  • 1 Biji terung
  • ½ Cawan Kacang Dal (rendam dulu lebih kurang 2-3 jam)
  • ½ Kotak Santan (kotak kecil)
  • 2 Sudu Besar Rempah Kari ( Ikan atau Ayam)
  • Minyak
  • Gula dan Garam Secukup Rasa
  • Air secukupnya

 

Bahan tumis :

  • 1 Tangkai Daun Kari
  • 5 Biji Bawang Merah
  • 3 Ulas Bawang putih
  • ½ Inci Halia

 

CARA PENYEDIAANNYA :

▶ Hiris halus bahan-bahan tumis.

▶ Panaskan minyak, tumis bahan hirisan sehingga naik bau

▶ Kemudian, Bancuh rempah kari dengan sedikit air. Masukkan ke dalam kuali dan masak sehingga naik minyak

▶ Seterusnya masukkan kacang dal, ubi kentang, lobak merah dan terung tadi. Pot0ng bahan-bahan ini ikut kesesuaian dan kesukaan kita

▶ Masukkan santan dan biarkan mendidih. Kacau seketika

▶ Kemudian masukkan garam dan gula sebagai perasa

▶ Boleh lebihkan air jika nak kuah lebih

▶ Akhir sekali, masukkan telur rebus.

▶ Masak sehingga kuah agak pekat

▶ Siap dan sedia dihidang.

Boleh juga masukkan cili merah atau cili hijau sebagai hiasan. Jika ada yang suka masukkan kacang panjang, boleh masukkan.

Tiba waktu tengah hari, hidangkan Nasi Minyak Hujan Panas ni bersama Ayam Masak Merah, Kari Dalca Telur dan juga Papadom rangup!

Bukan suami je suka, anak-anak pun boleh makan sampai licin! Kepada yang baru nak belajar cara masak nasi minyak hujan panas ni, saya ucapkan semoga berjaya!

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open