Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Kuih Talam Pisang, Unik Tapi Sedap. Resepi Wajib Cuba!

0 8,896

Sebelum ini biasa kita dengar kuih talam pandan, talam ubi, talam gula merah tetapi kali ini perkongsian resepi kuih talam pisang. Unik dan rare tapi rasanya sangat sedap.

Kalau ada pisang banyak di rumah dan tak tahu nak buat apa, boleh lah cuba resepi baru ini. Perkongsian dari Siti Hadirah ni saya kira sangat menarik dan nampak menyelerakan.

Bahan-bahan yang digunakan pun adalah seperti mana kita buat kuih talam seperti biasa, cuma bahan utamanya ditukarkan kepada pisang. Jom saya kongsikan.

RESEPI TALAM PISANG

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat talam pisang ini adalah :

(Bahagian Bawah )

  • 1 Cawan Pisang  (saya guna pisang awak)
  • 1 Cawan Tepung Beras
  • 2 Cawan Santan (Boleh guna santan segar atau santan kotak, cairkan sedikit)
  • ½ Cawan Gula ( Boleh kurangkan sedikit jika pisang pun dah manis)
  • Pewarna kuning ( terpulang,  jika ada)

 

CARA PENYEDIAAN :

▶ Lenyek pisang sehingga hancur (seperti nak buat cekodok)

▶ Kisar tepung beras, cantan, gula dan juga pewarna kuning. Kisar sehingga halus dan sebati

▶ Tuang ke dalam bekas pisang dan kacau sekata.

▶ Kemudian, tuangkan bahan ke dalam loyang. Sebelum tu, sapu sedikit minyak pada Loyang untuk mengelakkan kuih kita melekat.

▶ Panaskan periuk pengukus dan kukus selama 20 -25 minit.

▶ Pastikan air kukus mendidi dahulu baru masukkan bahan tadi. Balut penutup periuk bagi mengelakkan air wap jatuh ke dalam kuih

BACA JUGA: Cara Buat Keropok Bawang Resepi Legend. Mudah dan Confirm Jadi!

 

BAHAGIAN ATAS

  • ½ Cawan Tepung Beras
  • 1 ½ Cawan Santan Pekat
  • Garam Secukup Rasa

 

CARA PENYEDIAAN :

▶ Mula-mula masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar ( blender)

▶ Kisar sehingga sebati

▶ Tuang ke dalam periuk. Kacau sekejap atas api menggunakan api perlahan

▶ Sebelum tuang ke atas kuih (yang dikukus tadi), gariskan atau cucuk -cucuk sedikit permukaan pisang.

▶ Kemudian, tuang bahan (bahagian atas) tadi ke atas permukaan pisang.

▶ Kukus selama 20 minit

▶ Sesudah siap, keluarkan dari periuk pengukus.

▶ Sejukkan dahulu sebelum boleh dipotong. (pastikan betul-betul sejuk untuk memudahkan potongan kuih)

Nampak macam mudah dan simple je nak buat kan. Yang mana berkesempatan nak cuba, boleh lah buat. Hidangkan pula petang-petang bersama teh o panas. Memang sedap!

Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open