Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Sambal Bilis Belimbing Buluh. Confrim Bertambah Selera Makan Dibuatnya!
Siapa sini pernah makan belimbing buluh? Buah ni jarang dimakan segar sebab rasanya yang terlalu masam. Tapi kalau buat sambal sedap tau. Jom follow resepi sambal bilis belimbing buluh ni kat sini. Confirm bertambah selera nak makan nanti.
Buah yang hampir masak biasanya digunakan sebagai penyedap rasa dan sebagai ramuan sambal yang menjadi pencecah untuk sayuran tradisional. Contohnya ikan kari asam pedas dan udang lemak kuning. Boleh gantikan limau dan asam ye.
Buah belimbing buluh ni boleh menghilangkan rasa hanyir, terutamanya ikan-ikan darat seperti air tawar. Macam-macam hidangan boleh di masak menggunakan belimbing buluh ni. Buat sambal lagi sedap.
Korang kena try buat sambal ikan bilis campur belimbing buluh ni. Fuh! Lepas ni tak cari sambal lain dah. Dah tak perlu nak perah limau dalam sambal ni lagi. Rasa masam pedas dah lengkap buat pembuka selera makan nanti.
Resepi belimbing buluh ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Faceboon iaitu Cik Puan Nanie Rosnani. Resepi tersangatlah mudah. Sambal ni confirm jadi bembuka selera time makan nanti ye. Terangkat di buatnya.
RESEPI SAMBAL BILIS BELIMBING BULUH
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Ikan bilis
- Cili merah & cili padi (boleh adjust)
- Bawang merah
- Belacan – optional
- Belimbing buluh (dihiris bulat-bulat)
- Petai (dihiris) – optional
CARA PENYEDIAAN SAMBAL BILIS BELIMBING BULUH :
▶️ Tumbuk ikan bilis, cili, bawang merah & belacan (optional). Tumbuk kasar sahaja.
▶️ Tumis bahan tumbuk tadi sampai naik bau.
▶️ Masukkan belimbing yang dah dihiris. Kalau nak isi petai, masa ni boleh masukkan sekali.
▶️ Masak sampai belimbing lembut & elok pecah minyak.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Terung Goreng Celup Telur Yang Mudah Dibuat. Makan Dengan Cili Kicap Lagi Sedap!
Dah siap pun sambal bilis belimbing buluh kita ni. Resepi simple yang akan buat korang menambah nasi. Takde lauk lain pun, takpe. Buat sambal ni time korang nak makan ikan goreng atau ayam goreng biasa tanpa tepung. Memang sedap ye! Rugi tak cuba.
Tahap pedas sambal bilis belimbing buluh ni boleh adjust ikut citarasa masing-masing. Lebihkan je kalau korang nak dapatkan sambal yang lagi pedas baru nikmat nak makan nanti kan.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Nanie Rosnani kerana sudi berkongsi resepi sambal bilis belimbing buluh ini di Facebook. Semua ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!