Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kek Coklat Cheese Kukus Confirm Menjadi. Lembut, Moist Dan Sedap Sangat Hasilnya!
Ada tak kat sini penggemar kek coklat cheese kukus? Korang memang kena cuba resepi ni. Teksturnya lembut dan moist. Sedap pula tu! Nak buat hidangan untuk rumah terbuka raya ni pun sesuai sangat. Mesti tetamu korang suka dengan rasa kek coklat cheese ni.
Korang tak biasa nak buat kek? Jangan risau, follow je sebijik-sebijik step nak buat kek ni, confirm menjadi! Tak susah pun. Semua bahan lapisan coklat di mix kan dan macam tu juga dengan bahan cheese. Korang kena mix sebelum nak kukus nanti.
Kukus kek ni pula tak boleh campur sekali gus adunan. Tak jadi pula lapisannya. Dah jadi kek marble nanti. Untuk bentuk kek ni pun korang boleh guna macam-macam bentuk bekas. Tak semestinya bentuk segi empat je tau. Nak buat bulat atau guna bekas kukus yang berbentuk bunga pun cun!
Resepi kek coklat cheese kukus ini telah di kongsikan oleh Cik Puan Aminatul Akhma Razali di Facebook. Hasil perkongsiannya, resepi ni dah viral dengan 8.6k share dan 5.4k like. Ramainya penggemar kek coklat cheese ni kan. Nak buat potluck untuk jamuan raya kat office pun sesuai.
Sekarang kan anak-anak ada buat jamuan raya kat sekolah. Mesti korang binggung nak suruh anak-anak bawa hidangan apa kan. Memandangan anak-anak ni suka coklat, saya suggest korang buatlah kek coklat cheese ni. Confirm laju je habis nanti! Takde yang tinggal, licin bekas.
RESEPI KEK KUKUS COKLAT CHEESE
Kek cheese ni ada juga jenis yang bakar. Tapi berbeza dari segi tekstur. So, kalau korang teringin nak buat kek coklat cheese kukus, korang follow resepinya di sini. Confirm korang fall in love dengan resepi dan rasa sedap kek ni. Jom tengok bahan-bahan yang di perlukan di bawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk lapisan coklat :
- 3 biji telur
- 3/4 cwn gula
- 1 cwn fresh milk
- 1 cwn minyak jagung
- 1 cwn air panas
- 1 cwn tepung gandum (ayak)
- 1/2 cwn serbuk koko (ayak)
- 1/2 sudu baking powder (ayak)
- Esen vanila
- Secubit garam
Bahan untuk lapisan cheese :
- 250g cream cheese
- 1 biji telur
- 2 sudu gula
- 2 sudu tepung gandum
CARA PENYEDIAAN KEK KUKUS COKLAT CHEESE :
▶️ Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan panaskan pengukus.
▶️ Masukkan lapisan coklat 1/3 daripada loyang. Kukus selama 15 minit.
▶️ Masukkan adunan cheese kukus dan kukus juga 15 minit.
▶️ Akhir sekali masukkan adunan coklat dan kukus selama 20 minit.
BACA JUGA : Cara Mudah Buat Kudapan Snek Ikan Guna 2 Bahan. Sedap, Rangup Dan Pedas-Pedas Sikit!
Siap untuk dihidang! Lembutnya rasa kek ni bila masuk kat mulut. Anak-anak pun berebut nak makan. Sekali sekala nak hilangkan diet makan coklat dan cheese kan tak salah. Raya kan setahun sekali. Lepas raya kita kukus balik. Penggemar cheese pun wajib try gabungan kek coklat dan cheese ni. Memang sedap!
Ada macam-macam resepi juga yang Cik Puan Aminatul Akhma Razali kongsikan di wall Facebooknya. Semuanya nampak sedap-sedap belaka. Korang bolehlah usha resepi yang korang suka. Resepi pizza express guna roti pun ada. Bolehlah korang cuba nanti.
Ribuan terima kasih di ucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi kek coklat cheese yang lembut dan moist ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!