Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Sos Thai Homemade. Siap Boleh Guna Untuk Masak Tiga Rasa. Memang Sedap!
Dalam peti ais rumah aku, wajib kena standby stock sos Thai. Senang nak buat nasi ayam, bihun goreng dan masak tiga rasa. Jom kita follow resepi sos Thai homemade ni kat sini. Tak payah beli kat luar lagi.
Sos Thai ni buat cicah makan dengan cekodok pun sedap ye. Tak susah mana pun buatnya. Yang dah pernah try buat homemade sos Thai, mesti dah tak beli yang kat luar lagi. Homemade terjamin bersih.
Tahap pedas cili sos ni jugak kita boleh adjust bila buat sendiri kat rumah. Ada stock yang lebih pedas, ada jugak stock yang pedas manja untuk anak-anak. Lepas ni nak masak 3 rasa, pakai je sos Thai ni nanti.
Resepi sos Thai homemade ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Rozmaliza Omar. Viral tau resepi ni. Sampai hari ni dah cicah 5.4k share kat Facebook. Confirm ramai yang suka.
Tengok la tekstur sos ni pekat weh! Setiap kali buat cekodok, mesti mama akan keluarkan sos Thai homemade yang biasa dia buat. Buat cicah sotong dan udang goreng tepung pun sedap weh!
RESEPI SOS THAI HOMEMADE
Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan sos Thai homemade ni. Bahan-bahan dan step penyediaannya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 250gm cili padi merah** (anggaran pedas)
- 125gm cili besar **
- 5 biji buah tomato ranum **
- 1 labu bawang putih**
- 1 tangkai daun ketumbar**
- 450ml air
- 500gm gula
- 250ml cuka
- 1sdt garam
- 1sdb tepung jagung
- 3 batang akar daun ketumbar
- Daun ketumbar (dihiris kasar)
CARA PENYEDIAAN SOS THAI HOMEMADE :
▶️ Blend kesemua bahan-bahan bertanda. Tumbuk jangan lumat sangat ye.
▶️ Masukkan bahan blend ke dalam periuk dan masuk gula, cuka, garam dan akar ketumbar.
▶️ Masak sampai mendidih dan sentiasa dikacau.
▶️ Akhir sekal, masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.
▶️ Masak hingga sederhana pekat. Tutup api.
▶️ Taburkan hirisan daun ketumbar.
▶️ Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam botol.
BACA JUGA : Resepi Lepat Cendol 2in1. Gabung Sekali Dengan Lepat Jagung Pulak Tu. Memang Sedap!
Dah sia pun sos Thai homemade kita. Tak susah pun kan. Boleh buat sos ni banyak-banyak dan simpan dalam peti. Once nak buat cicahan, ambil je tuang dalam bekas. Sos ni tahan lama ye sebab di masak.
Rasa sos Thai ni memang sedap. Sekali korang cuba, mesti tak beli kat luar lagi. Sos pun mahal ye sekarang ni. Tahan berapa lama je dalam peti tu. Habis kena beli lagi. Nak jimat buat sendiri kat rumah.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Rozmaliza Omar kerana sudi berkongsi resepi sos Thai Homemade ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!