Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Salted Peach Doughnuts Viral. Bentuk Dia Sebijik Macam Buah Donut Peach!

0 85

Sana sini viral pasal buah donut peach kan. Tapi sampai ke hari ni aku tak makan lagi buah pelik ni. Tapi tak pe, hari ni aku nak cuba resepi salted peach doughnuts ni kat rumah. Sebijik macam buah donut peach hasilnya! 

Aku pun tertipu! Sekali pandang tengok donut ni memang sebijik dengan buah donut peach yang di salut gula luarnya. Rupanya kuih donut. Warna, bentuk semuanya hampir sama. Macam mana agaknya nak buat donut ni ye. 

Siapa je yang tak suka donut. Tapi donut kali ni versi dia lain sikit. Siap ada inti salted butter di dalamnya. Rasa lemak-lemak masin di dalam dan manis-manis gula di luar. Kejap je licin pinggan dibuatnya. 

Resepi salted peach doughnuts ni telah di kongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Che Azawimie Che Zahari. Viral tau donut ni. Mesti semua teruja dengan hasil donut yang dihasilkan ni kan. Nak buat niaga pun boleh. Confirm laku keras.

Masa buah donut peach ni viral, aku memang nak beli sangat. Tapi tak berani jugak nak cuba makan benda-benda pelik ni. Lagi-lagi bila aku dengar beberapa isu tentang buah ni. Takpe la tengok je la, buat jadi donut pun boleh. 

RESEPI SALTED PEACH DOUGHNUTS

Tak sabar rasa nak buat donut ni kat rumah. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan salted peach doughnuts ni. Step penyediaannya seperti dibawah. 

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
Bahan-bahan asas donut : 
  • 1kg tepung gandum
  • 700ml susu uht
  • 2sdb shortening
  • 1biji telur
  • 1sdb gula kastor
  • 2sdb yis
  • 1/2sdk garam
  • 1sdb pes perisa tebu
  • 1sdk pewarna kuning telur
  • 1sdk pes red velvet
  • 1blok salted butter (dipotong kecik-kecik untuk buat inti)
  • Susu tepung*
  • Gula kastor*

CARA PENYEDIAAN SALTED PEACH DOUGHNUTS : 

▶️ Campurkan kesemua bahan-bahan.

▶️ Campurkan kesemua bahan-bahab kecuali butter. Rehatkan doh.

▶️ Timbang doh 30gm. Bulat-bulatkan dan masukkan salted butter sebagai inti.

▶️ Rehatkan doh. Kemudian, tekap untuk nampak bentuk buah peach.

▶️ Tekan doh dengan hujung jari rehatkan doh supaya kembang.

▶️ Goreng dalamm minyak yang banyak. Api perlahan.

▶️ Toskan. Tunggu sehingga suam dan gaulkan ke dalam gula tadi.

▶️ Sedia untuk dimakan.

 

BACA JUGA : Resepi Sambal Bilis Belimbing Buluh. Confrim Bertambah Selera Makan Dibuatnya!

 

Dah siap pun salted peach doughnuts kita. Kalau adunan lembik, just tambah tepi h dan uli lagi. Kena makan donut ni panas-panas ye. Baru la terasa lemak-lemak masin butter yang cair kat dalam tu. Confirm sedap! 

Hujung minggu nanti, boleh la buat donut versi donut peach ni kat rumah. Buat siap-siap adunan. Time nak makan baru goreng. Sesuai sangat hidang salted peach doughnuts ni untuk minum petang sekeluarga. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Che Azawimie Che Zahari kerana sudi berkongsi resepi salted peach doughnuts yang lemak masin dan manis gula ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open