Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Pumpkin Soup Atau Sup Labu Kuning Yang Lemak Manis. Rugi Tak Cuba, Memang Sedap!
Resepi pumpkin soup atau sup labu kuning yang lemak manis ini memang disukai ramai. Sesetengah orang tak tahu nak masak apa dengan labu. Jadi, perkongsian ini mungkin dapat membantu anda. Nak tahu bagaimana cara penyediaannya? Jom lihat resepinya disini.
Untuk menghasilkan pumpkin soup ini bahan yang wajib ada ialah labu kuning. Labu kuning akan ditumis dengan butter bersama bahan masakan yang lain. Kemudian, dikisar halus dan dicampurkan pula dengan cooking cream.
Sama seperti sup cendawan, sup ayam dan mana-mana sup berkrim yang lain. Sup labu kuning ini juga sangat sedap dimakan dengan roti garlik yang telah dibakar. Beli je kat tesco, kalau dah tak ada pakai roti biasa pun tak apa, bakar dengan butter ye.
Labu kuning adalah sumber yang kaya dengan antioksidan, vitamin dan mineral, termasuk vitamin E, A, C dan B. Jika tak ada idea nak masak apa dengan labu yang ada didapur tu, meh la try buat creamy pumpkin soup. Sedap macam mushroom soup tau.
Resepi pumpkin soup ini telah dikongsikan oleh Cik Puan MrsMoon MJ melalui laman facebooknya. Yang terasa tekak nak makan sup berkrim boleh cuba resepi yang dikongsikan ini. Confirm puas hati!
RESEPI PUMPKIN SOUP ATAU SUP LABU KUNING
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat bahan-bahan memasak yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaannya. Nak makan sup tanpa roti pun tak jadi masalah tau. Boleh dihidangkan buat anak-anak juga.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Labu kuning sebelah
- Sebiji bawang holand
- 2 biji ubi kentang (boleh guna lobak merah juga)
- 2 sudu butter
- 4 ulas bawang putih
- Cooking cream
- 2 kiub pati ayam
- Serbuk lada hitam
- Sedikit garam
- 1 liter air
CARA PENYEDIAAN SUP LABU KUNING :
▶️ Potong labu dan kentang. Suka hati nak potong macam mana pun boleh, yang penting mudah nak kisar nanti.
▶️ Tumis bawang putih dan bawang holland dengan butter sampai layu. Jangan sampai hangit.
▶️ Masukkan labu dan ubi kentang dalam kuali, gaul rata dan mesra.
▶️ Masukkan satu liter air dan dua kiub pati ayam.
▶️ Kaup kuali dan masak labu dan kentang sampai empuk.
▶️ Bila dah empuk, tunggu sejuk sikit barulah blend/ kisar semua bahan tumis sampai hancur dan halus.
▶️ Kemudian, masukkan dalam periuk lain. Masak bahan blend tadi.
▶️ Masukkan pula cooking cream dan garam secukup rasa.
▶️ Last sekali, tabur serbuk lada hitam.
▶️ Untuk hiasan, boleh taburkan biji kuaci, macadamia atau macadamia atau crouton.
BACA JUGA: Resepi Kerabu Beko Kelate Style Yang Mudah Dibuat. Sedap Dan Memang Puas Hati!
Siap untuk dihidang. Hirup sup labu ni panas-panas memang seronok. Rasa lega je. Labu boleh dimasak dengan pelbagai cara. Nak masak sayur labu tumis sambal belacan pun sedap tau. Tapi kali ni kita buat sup dulu.
Bila buat sup ni jangan lupa beli roti juga. Rasa nikmat macam makan roti dan mashroom soup kat pizza hut tau. Tak boleh keluar kesana kesini. Apa kata kita rajin-rajinkan diri masak kat dapur.
Jangan lupa selit resepi ni. Boleh makan bila-bila masa anda nak. Cukup mengenyangkan. Semoga resepi pumpkin soup atau sup labu kuning ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!