Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Paling Mudah “Kambing Perap Guna Sos Kimball Blackpaper”. Daging Kambing Akan Jadi Lembut Dan Sedap!

0 10,245

Nak makan daging kambing bakar? Mesti ramai nak tahu macam mana nak buat bahan kambing perap yang sedap kan. Ada cara yang paling mudah untuk anda, cuma perlu 2 bahan sahaja iaitu sos kimball blackpaper dan juga bawang putih.

Macam mana pula nak buat tu? Jom ikuti resepinya disini, hari ini. Cara penyediaannya sudah tentulah mudah. Sebab cuma perlu menggunakan 2 bahan sahaja. Yang paling penting nak perap berapa lama daging kambing tu.

Untuk mendapatkan tekstur yang lembut pada daging kambing, anda perlu perap daging dengan bahan perapan selama 2 hari. Supaya bahan perapan tadi masuk kedalam daging. Barulah terasa nikmat makan daging kambing yang lembut.

Resepi simple untuk perapan daging ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Farmiza Masur. Lepas ni nak buat bbq dengan family tak perlu susah-susah lagi. Guna je resepi ni memang sedap!

Pasti ramai penggemar daging kambing disini kan. Cuma kekadang tak tahu nak perap daging kambing macam mana. Nak dapat yang sedap tu macam mana pula, sampailah pilihan yang terakhir beli je kat kedai.

 

RESEPI KAMBING PERAP

Ada cara yang paling mudah ye. Tanpa membuang masa anda lagi, mari kita lihat bahan yang diperlukan dalam penyediaan bahan perapan daging kambing ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 2 kg kambing
  • 1 peket Sos kimball blackpepper
  • 1 labu Bawang putih (1/2 dipotong dadu & 1/2 blender dengan sos kimball) 

CARA PENYEDIAAN KAMBING PERAP :

▶️ Basuh kambing dan toskan untuk buang airnya.

▶️ Bawang putih separuh dipotong dadu dan separuh lagi dikisar halus dengan sos kimball. Campur keduanya sekali.

▶️ Kemudian, ambil kambing dan celup dalam sos kimball yang dikisar dengan bawang putih dan dicampur dengan potongan bawang putih tadi. Siap!

▶️ Perap 2 hari sebelum masak supaya bahan-bahan tu betul-betul masuk dalam daging kambing. Barulah daging akan lembut.

 

BACA JUGA: Resepi Pumpkin Soup Atau Sup Labu Kuning Yang Lemak Manis. Rugi Tak Cuba, Memang Sedap!

 

Siap! Perap wajib simpan dalam peti ya. Kat luar karang rosak pula daging kambing kita tu. Masa nak bakar nanti keluarkan je. Rasanya daging kambing yang dijual siap perap tu pun cuma menggunakan cara yang simple macam ni je.

Bila dah tahu cara, lebih jimat buat sendiri daripada membeli diluar. Perap lama dalam peti pun tak apa, bila-bila masa nak makan keluarkan dan bakar. Nak bakar guna oven lagi senang.

Mudahkan cara buat perapan daging kambing ni. Musim PKP macam ni boleh sangatlah cuba resepi ni. Kot-kot tengah bosan dan terasa nak makan daging kambing. Semoga resepi kambing perap ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open