Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kerabu Beko Kelate Style Yang Mudah Dibuat. Sedap Dan Memang Puas Hati!

0 3,923

Resepi kali ini ialah resepi kerabu beko kelate style. Mungkin ramai yang tidak pernah dengar nama buah beka ini terutama golongan muda. Buah beka juga dikenali sebagai bonglai yang mana ianya jarang sekali ditanam.

Kebanyakkannya ia akan tumbuh meliar di belukar tepi kampung atau berhampiran sungai dan tali air. Kerabu beko diperbuat daripada buah beka, ikan rebus atau ikan bakar, kerisik dan bahan buat kerabu yang lain.

Dibahagian pantai timur, buah ini seringkali dijadikan kerabu dan akan menjadi hidangan pembuka selera. Untuk mengurangkan rasa pahit pada buah ini, biasanya ia akan dibakar terlebih dahulu.

Bahagian pucuknya pula akan direbus dijadikan ulaman atau sayur. Rasanya cukup enak, rangup dan berlemak. Terdapat banyak khasiat buah beko dan daunnya terutama bagi wanita yang baru bersalin.

Kalau dipantai timur, ianya sudah menjadi kebiasaan dijadikan kerabu. Apa kata, anda semua follow resepi kerabu beko kelate style ini difacebook yang dikongsikan oleh Cik Puan Azlina Mohamed Ina.

 

RESEPI KERABU BEKO KELATE STYLE 

Terpulang kepada anda, sama ada ingin membakar atau merebus buah beko sebelum dicampur dengan bahan kerabu yang lain. Nak tahu bahan-bahan yang diperlukan? Jom kita lihat satu persatu.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Buah beko (direbus/ dibakar dan dihiris)
  • Ikan rebus/ ikan bakar
  • Bawang merah
  • 1 ulas Bawang putih
  • Lada hitam
  • Kerisik
  • Santan
  • Gula dan garamsecukupnya
  • Limau nipis
  • Lada merah
  • Bawang holland (hiasan)
  • Budu

CARA PENYEDIAAN KERABU BEKO KELATE STYLE :

▶️ Hiris beko nipis-nipis dan rendam dalam air garam. Biarkan seketika untuk kurangkan rasa pahit lepas tu celur dan toskan airnya.

▶️ Tumbuk lada hitam, bawang merah dan isi ikan bakar.

▶️ Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Just nak larutkan gula dan garam sahaja, jangan sampai mendidih.

▶️ Dalam bekas lain, masukkan beko yang dah dicelur tadi, bahan-bahan tumbuk, lada hitam, kerisik dan santan yang dah dimasak tadi.

▶️ Gaul sekata, masukkan budu dan limau nipis.

▶️ Siap dan hiriskan cili merah dan bawang holland. Taburkan untuk hiasan.

 

BACA JUGA: Cara Buat Samosa Ayam Dan Daging Yang Mudah Dan Sedap. Boleh Difrozenkan Dan Dimasak Bila-Bila Masa Sahaja!

 

Siap untuk dihidang! Jika ada lebihan ikan bakar semalam, anda juga boleh menyediakan kerabu beko paginya. Untuk hidangan makan tengahari. Kerabu ni nak ratah macam tu pun sedap. Nak makan campur dengan nasi lagi sedap!

Air ramasan daun beko juga boleh digunakan untuk menghilangkan demam kanak-kanak tau. Bagi mereka di pantai timur terutama di Kelantan dan Terengganu, buah beko ini sudah tidak asing lagi.

Ia merupakan makanan popular sama ada sebagai ulam atau dijadikan kerabu. Apa kata kita semua mencuba resepi kerabu beko kelate style ini. Manalah tahu sesuai dengan tekak, boleh cuba lagi. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open