Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Mee Celup Thai Ala Kedai Siam! Sedap Dari Makan Kat Kedai, Rugi Tak Cuba!

0 816

Menariknya resepi mee celup Thai ni! Lepas ni tak payah nak pergi kedai siam lagi kalau nak makan mee celup, Elok masak sendiri. Korang follow je resepi mee celup Thai ala kedai Siam ni. Rasa sedap dari makan dekat kedai tau. Rugi sangat tak cuba!

Kalau korang jenis cerewet sikit bab makan, lebih baik masak sendiri kat rumah. Takut tak ngam je dengan tekak korang bila makan kat kedai ni. Mesti tak puas nak makan nanti. Resepi ni simple dan mudah. Confirm terangkat dibuatnya!

Mee celup ni kena makan dengan cili sambal, barulah padu dan mantap rasanya! Cili sambal pun mudah je nak buat, semua bahan seperti cili, gula, cuka dan garam korang kisar halus je, siap!

Bulan puasa ni mesti ramai yang teringin nak berbuka dengan mee celup Thai kan. Tapi, kalau nak makan kat kedai kena pegi awal, tak pun tempah dulu. Sebab biasanya ramai sangat orang nak berbuka kat kedai ni. Malas juga nak nunggu lama kan.

Tak perlu susah-susah nak makan kat luar. Resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Maya Miera ni kan ada. Follow je sebijik-sebijik confirm menjadi! Perkongsian resepi ni di Facebook dah cecah 20k share tau! Nampak tak, ramai yang suka makan mee celup Thai ni sebenarnya!

 

RESEPI MEE CELUP THAI ALA KEDAI SIAM

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan memasak yang di perlukan. Kalau dah lengkap semua bahan, bolehlah cuba masak untuk berbuka puasa nanti. Jom tengok bahan-bahan kat bawah ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 labu bawang putih (ditumbuk)
  • 3-4 Akar ketumbar (ditumbuk)
  • 2 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
  • Halia ketuk
  • 2kg Tulang daging
  • 1 keping Gula melaka
  • Kicap cair
  • Sos ikan
  • Kicap pekat
  • Garam secukup rasa
  • Ajinomoto (Optional)
  • Gula
  • Sup bunyut
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya (Letak hampir 3 liter )
  • Ayam rebus dan diracik
  • Meatball
  • Megi/bihun celur
  • Hirisan daun ketumbar
  • Kangkung celur
  • Kacang tanah
  • Chili flakes

Bahan untuk cili sambal : Di kisar
  • Cili padi merah
  • Cuka
  • Garam
  • Gula

CARA PENYEDIAAN MEE CELUP THAI ALA KEDAI SIAM :

▶️ Mula-mula panaskan minyak di dalam periuk.

▶️ Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi dan halia hingga garing dan berbau wangi.

▶️ Masukkan tulang daging, air, sup bunyut, halia, gula putih, gula melaka, garam, kicap cair dan sos ikan.

▶️ Kalau masak dapur biasa, bila air mendidih baru masukkan perisa-perisa serta kicap.

▶️ Bila kuah dah masak, masukkan meatball dan ayam rebus yang dicarik-carikkan halus tadi.

▶️ Celur mee/bihun/megi dan celur juga kangkung.

▶️ Sediakan semua bahan-bahan.

▶️ Dan akhir sekali, sedia untuk dihidang dan dimakan.

 

BACA JUGA : Resepi Biskut Raya Coklat Tanpa Oven Yang Mudah Dan Sedap. Sekali Ngap Pasti Nak Lagi!

 

Mudah je kan resepi ni! Simple tapi dah cuba sekali, pasti nak lagi. Raya pun tinggal seminggu je lagi, bolehlah nak buat mee celup Thai ni hari raya nanti. Kot korang plan nak buat majlis rumah terbuka nanti, bolehlah salit mee celup Thai ni sekali. Confirm tak jukup semangkuk di buatnya!

Ada banyak lagi resepi menarik yang Cik Puan Maya Miera kongsikan di wall Facebook milik beliau. Dan rata-rata perkongsian tu menarik perhatian pengguna Facebook. Sehinggakan hampir semua resepi mendapat ribuan share dan like.

Terima kasih diucapkan kepada beliau, kerana sudi berkongsi resepi mee celup Thai ala kedai Siam ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua terutamanya kepada semua penggemar mee celup. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open