Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Pancake Popia K-Pop Yang Rangup Dan Sedap! Cicah Dengan Sos, Lagi Sedap!

0 419

Korang pernah dengar tak resepi pancake popia K-Pop? Ha! Apa tu? Resepi ni memang sedap sangat! Korang kena cuba tau. Follow je cara nak buat pancake popia K-Pop ni kat sini. Makan dengan sos pencicah Thai lagi sedap. Tapi, teksture pancake popia ni agak rangup dari pancake biasa tau. Sedap!

Pancake ni di buat hanya menggunakan kulit popia sebagai bahan asasnya. Dan di masukkan inti iaitu adunan telur, udang, daun kucai, bawang, cili serta bahan perasa di dalamnya. Kemudian, di goreng sehingga rangup.

Sos pencicah Thai pula, lebih sedap bila di tambah dengan potongan daun ketumbar. Baunya wangi! Boleh sangat di hidang untuk berbuka puasa nanti. Kalau nak buat waktu malam selepas tarawih pun cun. Barulah puas nak makan nanti kan. Lepas perut dah kenyang, confirm terus tidur.

Resepi ni sangat simple. Sesuai juga di jadikan hidangan minum petang bila hari-hari biasa. Makan panas-panas cicah dengan sos memang sedap sangat! Garing pula tu. Krup krap krup krap je bila kat mulut.

Yang tak pernah cuba lagi, apa kata korang follow resepi pancake popia K-Pop yang dikongsikan oleh Cik Puan Tengku RosElyza Raja Muhammad. Resepi ni dah viral 24k kat facebook tau!

 

RESEPI PANCAKE POPIA K-POP

Yang seronoknya, resepi ni tak guna banyak bahan pun. Mungkin antara semua bahan ni dah ada kat dapur korang. Cuma perlu beli kulit popia je. Brand apa pun tak kisah. Jom tengok bahan-bahan kat bawah ni!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Kulit popia (brand apa-apa je)
  • 10 ekor udang (potong kecil-kecil)
  • 1sd lada sulah
  • Sedikit garam
  • 3ulas bawang putih (hiris halus @ cincang)
  • Daun kucai
  • Cili merah besar (cincang halus)
  • 2 senduk kecil tepung jagung (bersamaan 4 sdb)
  • Sebiji telur
  • Sedikit tepung gandum yang dibancuh dengan air (untuk gam)

CARA PENYEDIAAN PANCAKE POPIA K-POP :

▶️ Satukan semua bahan diatas kecuali kulit popia dan tepung gandum.

▶️ Kulit popia dilipat dua dan gunting.

▶️ Ambil sedikit bancuhan dan ratakan atas kulit popia.

▶️ Satu lagi lapisan kulit popia disapu dengan tepung gandum untuk gam. Dan tampal atas popia.

▶️ Lepas tu bolehlah goreng. Dah garing aangaat dan toskan.

▶️ Siap untuk dimakan!

 

BACA JUGA : Resepi Mee Celup Thai Ala Kedai Siam! Sedap Dari Makan Kat Kedai, Rugi Tak Cuba!

 

Nak tahu tak kenapa resepi ni di panggil sebagai pancake popia K-Pop? Bukan sempena Korea Pop ye. Tapi, “short form word” untuk Kulit POPia! Hahaha. Saya pun ingatkan resepi ni asalnya dari Korea, rupanya nama singkatan bagi kulit popia. Menarik sungguh!

Sekali je cuba resepi ni, pasti korang akan repeat lagi. Anak-anak pun suka sangat makan. Crunchy, crispy je rasanya! Banyak lagi resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Tengku RosElyza Raja Muhammad di wall Facebook milik beliau. Semua nampak sedap-sedap belaka.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsik resepi pancake popia K-Pop ini di Facebook. Pasti ramai yang teruja lepas mencubanya. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open