Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Murtabak Mini Ala-Ala Bazar Ramadhan. Guna Kulit Popia Je Senang. Hasilnya Pun Sedap Dan Rangup!
Masuk je bulan ramadhan, mesti teringin nak makan murtabak kat pasar malam kan. Ada tak kat sini yang plan nak buat sendiri murtabak mini ala-ala bazar ramadhan? Kalau ada, apa kata kita follow resepinya di sini.
Rasa bosan juga beli kat bazar ni. Macam syok pula kalau makanan berbuka tu kita masak sendiri di rumah. Dijamain bersih dan yang penting jimat duit poket. Kalau pegi bazar, niat keluar rumah nak beli 1 jenis kuih je, tapi balik nanti confirm berkuih-kuih di belinya.
Nafsu nak makan berbuka ni tak boleh nak ikut sangat. Nanti nak solat terawih pun dah tak larat, rasa ngantok dan rasa penuh je perut. Memandangkan dah ada resepi yang mudah untuk kita follow, apa kata kita cuba je buat sendiri murtabak mini ni kat rumah.
Resepi murtabak mini ala-ala bazar ramadhan yang akan kita ikuti hari ini adalah hasil perkosngsian dari seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Yanie Mansor. Resepi ini sangat mudah dibuat dan hanya menggunakan kulit popia sahaja.
Tak perlu nak menguli tepung lagi untuk buat doh murtabak. Kita pakai je kulit popia. Lagi senang! Teksture murtabak nanti akan lebuh garing dari biasa. Confirm ada yang bertambah-tambah lah di buatnya.
RESEPI MURTABAK MINI ALA-ALA BAZAR RAMADHAN
Untuk bahagian inti murtabak, anda boleh pilih inti ikut cita rasa masing-masing. Sepertia biasa, inti murtabak yang paking famaous sudah tentu lah ayam dan daging. Jom follow resepinya di bawah.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- Kulit popia
- isi ayam/ daging di cincang
- 3 biji kentang di potong dadu
- 3 sudu makan rempah kari
- 1 ulas bawang putih
- 2 biji bawang besar di potong dadu
- Daun sup
- Garam
- Gula
CARA PENYEDIAAN MURTABAK MINI ALA-ALA BAZAR RAMADHAN :
Cara penyediaan inti murtabak mini :
▶️ Tumis bawang yang dipotong dadu.
▶️ Masukkan rempah kari dan masukkan sedikit air. Masak rempah hingga pecah minyak.
▶️ Masukkan isi ayam/ daging dan masukkan kentang.
▶️ Seterusnya, masukkan air separas bahan-bahan yang dimasak. Jangan lebih nanti inti jadi lembik.
▶️ Kemudian, masukkan gula, garam dan masak sehingga kering.
Cara membalut murtabak :
▶️ Pecahkan 2 biji telur, pukul dan masukkan sedikit garam.
▶️ Kemudian, masukkan bahan-bahan inti yang dimasak tadi.
▶️ Masukkan daun sup dan daun bawang. Kacau hingga sebati.
▶️ Balut dengan kulit popia. Sedia untuk di murtabakkan.
BACA JUGA : Cara Mudah Buat Air Rebusan Viral. Rasa Sedap, Masam, Manis Dan Berangin Memang Padu!
Siap untuk dihidang! Mudah je kan. Lepas ni kalau teringin nak buka puasa dengan murtabak mini ala-ala bazar ramadhan dah boleh buat sendiri je kat rumah. Boleh makan panas-panas dan banyak lagi.
Kekadang beli kat bazar ni tak ngam juga dengan cita rasa. Luar nampak sedap, bila makan hurm kecewa pun ada. Ada banyak lagi resepi yang Cik Puan Yanie Mansor kongsikan di wall Facebooknya. Semuanya sedap-sedap belaka ye.
Akhir sekali, diucapkan ribuan terima kasih kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi murtabak mini ala-ala bazar ramadhan ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!