Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Jemput-Jemput Roti Expired Yang Lembut Dan Sangat Mudah Dibuat. Jom Cuba!
Jika ada lebihan roti yang dah expired, jangan dibuang. Roti expired boleh diolah menjadi puding roti, bread crumbs, pizza dan jemput-jemput. So, hari ini jom kita ikuti satu perkongsian resepi jemput-jemput roti expired disini.
Jemput-jemput ini bukan hanya menggunakan roti semata. Ianya dicampur dengan beberapa bahan seperti telur, tepung, baking powder, cili merah, daun bawang, isi ketam dan juga sosej.
Selain menggunakan bahan diatas, anda juga boleh mempelbagaikan bahan dalam adunannya. Contohnya masukkan hirisan lobak, ikan bilis, udang, daun sup dan macam-macam lagi ikut cita rasa masing-masing.
Jemput-jemput roti ini sedap sangat dimakan panas-panas dengan cicahan sos. Kalau tak ada idea nak minum petang, bolehlah cuba resepi ini. Apa saja jenis jemput-jemput pasti disukai ramai kerana cara penyediaannya sangatlah mudah.
Dengan mengikuti perkongsian dari Cik Puan Asrinna Bakri, anda pasti dapat menghasilkan menu minum petang yang disukai anak-anak dan suami anda. Sambil tengok tv syok juga layan jemput-jemput ni.
RESEPI JEMPUT-JEMPUT ROTI EXPIRED
Jemput-jemput atau nama lainnya cekodok atau cucur merupakan kuih tradisional Melayu yang tak pernah dilupakan. Dizaman moden ini, cucur boleh disedapkan rasanya dengan menambah pelbagai bahan dalam penyediaannya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 5 keping roti
- 1/2 cawan air
- 1 biji telur
- 3 sudu tepung gandum
- 1/2 sudu kecil baking powder
- Crabstik/ sosej (dipotong kecil)
- Daun bawang (dihiris)
- Cili merah (didadu)
- Serbuk pati ayam
- Garam
CARA PENYEDIAAN JEMPUT-JEMPUT ROTI EXPIRED :
▶️ Carik-carikkan roti dan masukkan air. Biarkan 5 minit agar roti kembang.
▶️ Masukkan telur, tepung gandum dan baking powder. Perasakan dengan garam dan serbuk pati ayam.
▶️ Kemudian, masukkan bahan hiris dan bahan potong. Gaul sebati. Biarkan 10 minit.
▶️ Sementara tu, panaskan minyak. Menggunakan jari, bentukkan adunan dan goreng hingga keemasan.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA: Resepi Gulai Ikan Tongkol Untuk Makan Bersama Nasi Putih. Merah Menyala Kuahnya. Confirm Sedap!
Mudahkan! Hanya perlukan 4 ke 5 step je dah siap! Kalau tak tahu cara nak buat sos cucur. Boleh je guna sos biasa dan masukkan sedikit air panas untuk menjadikannya sedikit mencair.
Up je gambar jemput-jemput kat Facebook, mesti ramai like, ramai yang share dan tanya resepi. Anda semua boleh follow step by step resepi yang dikongsikan ini. Mudah, sedap dan pasti anda nak repeat lagi!
PKP ni memang mak-mak tak kering tangan. Asyik memasak je kan. Semoga resepi jemput-jemput roti expired ini dapat memberi idea baru untuk anda. Nak makan dengan cili kicap pun sedap sangat. Selamat mencuba!