Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Gulai Ikan Tongkol Untuk Makan Bersama Nasi Putih. Merah Menyala Kuahnya. Confirm Sedap!

0 1,654

Suka dengan resepi gulai ikan tongkol? Ada yang rasa nak makan tak? Tapi nak makan gulai ikan tongkol ni dengan nasi putih je. Orang tak buat, kita buat. Jom folow resepinya disini. Mudah dan pasti menambah nasi dibuatnya!

Nasi dagang dan gulai ikan tongkol merupakan masakan Pantai Timur yang cukup disukai ramai. Ada pelbagai cara nak masak gulai ikan tongkol ni. Kalau nak merah menyala macam resepi ni, kena tumis dulu bahan masakan.

Tak semestinya gulai ikan tongkol hanya sesuai dihidang dengan nasi dangang. Ianya juga boleh dimakan dengan nasi putih biasa. Resepi ini menggunakan ikan tongkol hitam, wajib menggunakan ikan yang fresh. Barulah sedap dan terasa manis isi ikan tu.

Resepi gulai ikan tongkol ini pula telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Neny Lai Han.  Merah menyala hasilnya. Gulai ikan tongkol biasanya akan direbus dahulu sebelum dimasak gulai. Pasti tak sabar nak cuba!

 

RESEPI GULAI IKAN TONGKOL

Untuk memudahkan anda memasak didapur, pastikan bahan masakan dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu bahan rebusan ikan, bahan tumbuk dan bahan rempah. Jom masak!

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Ikan tongkol hitam seekor (Potong ikut suka, bersihkan dan tos)

 

Bahan rebusan :
  • Hirisan halia
  • Hirisan lengkuas
  • Asam keping
  • Garam
  • Gula melaka
  • Simpulan daun pandan
  • Air secukupnya

*Rebus ikan tongkol dengan semua bahan diatas guna api kecil hingga air rebusan berkurangan.

 

Bahan tumbuk :
  • Sebiji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 hiris halia tua
  • 5 hiris lengkuas
  • Ketumbar bijik

 

Bahan rempah :
  • 1 tbsp rempah gulai tok ma
  • 2 tsp rempah kerutuk adabi
  • 1 tbsp rempah kari ikan cap o
  • 2 tbsp gula melaka
  • 1 senduk cili giling
  • 1 keping asam gelugur
  • 2 tbsp kerisik
  • 1 cawan pati santan
  • Air rebusan

CARA PENYEDIAAN GULAI IKAN TONGKOL :

▶️ Panaskan minyak secukupnya, tumis cili giling hingga garing dan masukkan bahan tumbuk. Tumis semuanya sampai naik bau.

▶️ Seterusnya, masukkan pula segala rempah dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan sesudu dua air rebusan. Tumis lagi.

▶️ Masukkan gula merah dan kacau rata. Kemudian, add on kerisik dan kacau lagi biar sebati.

▶️ Tuang pati santan, kecilkan api dan biar merenih hingga pecah minyak. Masukkan asam keping dan kacau rata.

▶️ Agak kuah gulai dah pecah minyak, masukkan ikan yang dah direbus bersama air rebusannya. Renih hingga mendidih dan tutup api.

▶️ Jangan lupa perasakan gulai.

 

BACA JUGA: Resepi Puff Sardin Homemade Yang Paling Mudah. Rangup Dan Pastinya Sesedap Puff Di Kedai!

 

Siapa untuk dihidang! Merah menyala kuah gulai ikan tongkol ni. Nampak menyelerakan. Jangan lupa buat acar timun dan nenas. Sedap sangat bila dimakan dengan gulai ni walaupun cuma dengan nasi putih.

Orang pantai timur tentu-tentu dah rasa rindu nak makan gulai ikan tongkol dikampung kan. Lama rasanya tak dapat balik ke kampung halaman masing-masing. Mesti dah rindu sangat dekat orang tua masing-masing.

Nak happykan diri, isilah masa terluang anda dengan mencuba pelbagai resepi masakan yang ada diblog ini. Semoga resepi gulai ikan tongkol ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open