Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Hokkaido Baked Cheese Tart Durian Homemade! Resepi Mudah Buat Dari Rumah Jer!
Siapa yang belum pernah rasa Hokkaido baked cheese tart ni, memang wajib cuba. Kalau biasa makan cheese tart dah sedap, Hokkaido Baked Cheese Tart ni rasa dia lagi sedap!
Sebelum ni memang tart ni famous sikit sebab rasa yang sedap dan padu. Gunakan bahan berkualiti jangan risau pasal harga sebab ianya berbaloi. Jadi, yang mana berkemampuan lebih boleh lah dapatkan.
Sebenarnya ada banyak cawangan Hokkaido Baked Cheese Tart ni, baik dalam dan luar negara. Tapi, bila rakyat Malaysia ni ramai yang pandai masa dan pandai untuk cuba-cuba buat seakan sama, adalah yang berjaya!
Nak rasa sebijik macam kedai tu mungkin tidak, tapi nak bagi hilang craving nak makan tub oleh lah. Jom saya kongsikan resepi dari Tuan Azizi Zamani cara -cara dan bahan-bahan yang digunakan untuk buat Hokkaido Baked Cheese Tart.
RESEPI HOKKAIDO BAKED CHEESE TART DURIAN HOMEMADE
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
BAHAN KULIT :
- 100 gm marjerin
- 30 gm gula kastor
- 150 gm tepung gandum
- 1 kuning telur gred B
CARA PENYEDIAAN KULIT :
▶ Mula-mula sekali, kacau marjerin dan gula dengan sudip kayu hingga rata.
▶ Kemudian, masukkan kuning telur kacau sebati.
▶ Masukkan pula tepung dan uli menjadi doh yang lembut.
▶ Seterusnya, masukkan ke dalam acuan tart dan trim bahagian atasnya.
▶ Simpan selama 15 minit di dalam peti sejuk.
▶ Kemudian, bakar pada suhu 180°c selama 20 minit.
▶ Angkat dan sejukkan dahulu sebelum di isi filling cheese.
BAHAN FILLING CREAM CHEESE :
- 250 gm cream cheese/krim keju
- 200 gm isi durian
- 40 gm mentega
- 1 putih telur
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 kuning telur untuk sapuan
- 120 gm dairy whipping cream
- 60 gm gula kastor
CARA PENYEDIAAN FILLING CREAM CHEESE :
▶ Satukan cream cheese, mentega, whipping cream, isi durian dan gula ke dalam periuk.
▶ Whisk atau pukul di atas api yang perlahan hingga licin dan tidak berketul.
▶ Kemudian, tutup api, masukkan putih telur dan esen vanilla. Kacau rata kalau berketul boleh kacau guna mixer hingga licin.
▶ Masukkan ke dalam piping bag plastik dan picit ke dalam kulit tart.
▶ Seterusnya, masukkan dalam peti sejuk selama 30 minit dan kemudian barulah sapu kuning telur.
▶ Bakar dalam ketuhar pada suhu 200°c selama 6 minit.
Sedia untuk dinikmati.
Wah! Mudah sangat nak buat Hokkaido Baked Cheese Tart Durian ni, Cuma yang susahnya ialah mana kita nak cari isi durian jika bukan pada musimnya ni? Hehe. Mereka yang berniaga memang tiada masalah sebab tahu di mana stok yang ada.
Jadi kalau kita nak buat sendiri tu, kena lah tunggu musim durian tiba. Tapi kalau dah rasa nak makan sangat, boleh lah cari bakery mereka dan dapatkan seketul dua.
Untuk 1 biji tart, boleh dibeli dengan harga RM5.80 sebiji biasanya. Boleh dapatkan dekat outlet yang ada seperti di IOI City Mall, Nilai, Sepang, Kuala Lumpur dan banyak lagi. Kebiasaan dalam mall akan ada. Boleh cuba cari okay!
Save dulu perkongsian ni, bila dah ada isi durian, boleh kita buat sendiri. Jangan lupa share ye! Jumpa lagi dan selamat mencuba!