Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Mudah Buat Air Rebusan Viral. Rasa Sedap, Masam, Manis Dan Berangin Memang Padu!

0 1,462

Ada yang dah pernah try buat air rebusan viral? Air ni asalnya untuk sakit sendi dan sakit lutut. Tapi, ramai yang dah minum kata, air rebusan viral ni juga boleh ubat masalah kencing manis, darah tinggi dan kolestrol.

Rasanya memang sedap. Ada rasa masam, manis dan berangin. Memang padu lah. Tapi awas! Untuk mereka yang makan ubat pencair darah, yang pregnant dan yang ada darah rendah tak boleh minum tau. Jangan cuba untuk minum.

Actually, senang je nak buat air rebusan viral ni, bahan pun senang nak cari. Kucuali kayu manis ceylon. Kayu manis biasa memang tak boleh digunakan dalam minuman ni sebab kayu manis biasa memang tak elok untuk kesihatan.

Air ni sangat sesuai dihidang untuk mak ayah yang ada masalah sakit sendi dan lutut. Semoga tips yang dikongsikan oleh Cik Puan Maria Bentalib berguna dan bermanfaat buat kita semua.

Puasa tahun ni dah boleh terawih. Kalau ada mak ayah sakit sendi dan lutut tu dah boleh sangat cuba minum air rebusan ni. Kot rasa lega. Mudah lah mak ayah kita nak beribadah bulan puasa ni kan.

 

RESEPI AIR REBUSAN VIRAL

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan air rebusan viral ni. Boleh la hidang sebelum sahur nanti. Badan pun rasa bertenaga.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 1 liter air
  • 2 batang serai
  • 7 biji cengkih
  • 1 batang Kayu Manis Ceylon (kayu manis biasa tak bagus untuk kesihatan)
  • 3 hiris halia diketuk
  • 1 biji lemon
  • Madu asli

 

Manfaat bahan-bahan yang digunakan :
Bahan 1 : Serai
  • Menurunkan berat badan
  • Mengurangkan kolesterol dan turun kan gula dalam darah
  • Menurunkan tekanan darah tinggi
  • Membuang toksin dari badan
  • Membantu pencernaan
  • Mengandungi citral yang boleh merawat kanser

 

Bahan 2 : Halia
  • Membuang angin dalam badan
  • Membuang toksin
  • Mengurangkan bau hamis darah ketika haid
  • Merawat pengaliran darah
  • Meningkatkan kadar penyerapan nutrient
  • Mengelakkan kanser usus

 

Bahan 3 : Cengkih
  • Merawat masalah pernafasan
  • Membantu sistem pencernaan
  • Memanaskan tubuh
  • Mengandungi euganol yang berfungsi mencegah pembekuan darah yang mencegah penyakit jantung dan stroke
  • Sumber antioksidan yangg menjaga kesihatan kulit dan wajah

 

Bahan 4 : Kayu manis ceylon
  • Mengandungi kandungan coumarin yang amat rendah (0.017gm/kg) berbanding kayu manis cassia (0.31-6.97gm/kg)
  • Mengatasi masalah senggugut
  • Mengurangkan kolesterol
  • Membantu melambatkan proses penuaan
  • Merawat nafas berbau
  • Mengurangkan kadar gula dalam darah
  • Membantu merawat insomnia

CARA PENYEDIAAN AIR REBUSAN VIRAL : 
▶️ Mula-mula ketuk halia dan batang serai.

▶️ Kemudian, rebus semua bahan kecuali madu dan lemon selama 15 – 20 minit.

▶️ Tutup api. Ambil setengah gelas air rebusan, tambah setengah gelas air biasa.

▶️ Perah 1 hirisan lemon dan 1 sudu madu. Minum ketika suam sebelum makan.

▶️ Balance air rebusan boleh disimpan dalam peti sejuk. Bile nak minum, ambil air setengah gelas dan tambah setengah gelas air panas. Minum suam-suam lebih elok.

 

BACA JUGA : Resepi Chicken Perattal Yang Paling Sedap Dan Mudah Dibuat. Patutlah Viral Sampai 59k Share!

 

Siap untuk dihidang! Mudah, cepat dan bermanfaat buat kesihatan tubuh badan kita. Dah boleh cuba air rebusan ni kat rumah Kot rasa lega bila minum. Bolehlah jadikan ikhtiar penawar penyakit.

Nak lebih banyak lagi petua best best, anda follow je Facebook Cik Puan Maria Bentalib kita ni. Ada banyak lagi petua dan tips yang berguna untuk kita semua.

Akhir sekali, diucapkan ribuan terima kasih kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi air rebusan viral ini di Facebook. Semoga ianya memberi manfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open