Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Lempeng Pisang Kurma Bersama Madu. Elok Sangat Untuk Orang Berpantang!
Resepi ni sangat mudah untuk disediakan. Ibu berpantang dan menyusu memang sesuai makan sarapan macam ni. Lengkap dengan nutrisi sebab ada pisang, kurma, susu dan madu asli. Jom try resepi lempeng pisang kurma bersama madu ni. Memang sedap ye!
Bahan-bahan yang ada kat lempeng ni jugak boleh tingkatkan susu ibu dan sekaligus memberi tenaga. Bayangkan anak dah 5 orang, dengan berpantangnya lagi. Nak sediakan sarapan pagi, tengah hari dan makan malam. Mesti perlukan tenaga yang banyak kan.
Kalau masak menu yang rumit, nanti terkejar-kejar pulak. Jadinya, boleh la kita buat breakfast yang simple dan semua orang boleh makan macam ni. Sukatan ni boleh dapat 3 keping yang sederhana size nya. Kalau nak banyak gandakan saja bahan-bahannya.
Resepi lempeng pisang kurma ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Nurasykin Ali. Siapa kata orang pantang tak boleh makan sedap? Ha, kalau pandai pilih bahan memasak, mesti korang dapat hidangan yang istimewa masa pantang nanti.
Baru ni nampak member aku tengah berpantang. Hari-hari update gambar makanan sepanjang CL jaga. Ada sekali tu aku nampak dia up gambar lempeng. Mungkin jugak resepi yang sama dengan hidangan kita hari ni.
RESEPI LEMPENG PISANG KURMA BERSAMA MADU
Wah! Tak guna banyak bahan pun nak buat lempeng ni. Senang je cara nak buatnya. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan lempeng pisang kurma ni. Step penyediaannya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 biji pisang
- 5 biji kurma
- 1/3 cawan susu full cream (Susu dutch lady full cream)
- 1/4 cawan tepung
- Madu Asli
CARA PENYEDIAAN LEMPENG PISANG KURMA BERSAMA MADU :
▶️ Lenyekkan pisang. Kalau suka dia berketul-ketul, lenyek biasa-biasa aje. Jangan halus sangat.
▶️ Masukkan kurma yang sudah dibuang biji, dibasuh dan dicincang kasar. Gaulkan sekali.
▶️ Boleh masukkan tepung.
▶️ Dah sebati, masukkan susu pulak.
▶️ Kacau sampai jadi macam ni.
▶️ Panaskan pan dan sapukan sedikit butter di atasnya. Guna minyak masak biasa pon boleh.
▶️ Aduhh, yang garing-garing tu sedapnya lahai.
▶️ Siap dah!
BACA JUGA : Resepi Ayam Masak Bawang Pulau Pinang. Hidangan Top Kat Kedai Nasi Kandar Penang!
Mudah je nak buat breakfast untuk orang yang berpantang ni kan. Boleh cuba buat dah lepas ni. Bukan takat orang berpantang je akan makan. Anak-anak pun suka. Berebut dibuatnya. Lelehan madu tu boleh tahan menggoda.
Lepas ni kita dah boleh pelbagaikan cara masak lempeng. Boleh try versi ni pulak. Dah tak perlu nak cicah lempeng dengan susu atau kari bagai. Sekali sekala makan lempeng modern apa salahnya kan.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Nurasykin Ali kerana sudi berkongsi resepi lempeng pisang kurma bersama madu ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!