Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Rahsia Buat Roti John Sedap Dengan Inti Yang Padu. Resepi Simple Rasa Sebijik Macam Dekat Pasar Malam!
Kalau pergi pasar malam, memang wajib beli roti john atau kebab. Memang sedap dan satu family suka makan. Selain burger tepi jalan tu kan, roti john pun antara makanan kegemaran ramai orang.
Dan nak buat roti john ni tak lah susah mana. Cuma kena ada kerajinan sikit lah. Follow resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Tengku RosElyza Raja Muhammad ni memang nampak macam senang nak ikut.
Paling bestnya, resepi yang dishare ni lengkap step by step. Kita tinggal nak ikut je langkah yang diajarkan. Seronok lah anak-anak kalau tahu hari ni nak makan roti john. Masing-masing dah menunggu tak sabar!
Ada yang gunakan resepi ni untuk buat jualan juga tau. Sebab rasa dia memang sedap dan confirm ramai yang repeat oder. Cubalah mana tahu boleh jadi punca rezeki kita kan.
RESEPI ROTI JOHN HOMEMADE
Bahan – bahan yang digunakan adalah :
- Roti john/roti oblong (belah tengah)
- Daging kisar ramly (daging burger pon ok)
- Bawang merah
- Cili merah
- Cili api
- 2-3 biji telur
- Planta
- Sos cili
- Mayonis
- Thousand island
- Timun
- kubis
- Sedikit garam
CARA PENYEDIAAN ROTI JOHN HOMEMADE :
▶ Mula-mula, hiris nipis bawang merah, cili merah dan juga cili api.
▶ Satukan telur, daging ramly, bawang merah, cili padi, cili merah dan juga garam. Gaulkan sehingga sebati dan ketepikan seketika.
▶ Ada yang suka gorengkan dulu daging tu ada yang suka masak sekali je nanti. Terpulang kepada kita.
▶ Seterusnya, sediakan roti dan sapukan dengan marjerin.
▶ Panaskan kuali dan masukkan sedikit marjerin. Bila dah cair, masukkan campuran bahan daging tadi. Biarkan sehingga daging masak sepenuhnya!
▶ Tekap roti tersebut atas daging. Biarkan sekejap baru terbalikkan
▶ Bila roti dan bahan daging dah masak boleh lah diangkat.
▶ Hiaskan dengan sayur salad, jika ada. Kubis dan juga timun. Jangan lupa picit sos cili, dan sos yang ada. Jika suka boleh juga letakkan sos black pepper dan kepingan keju.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
Mudah sangat rupanya nak siapkan roti john ni. Lepas ni kalau rajin boleh lah buat sendiri. Puas hati bila intinya boleh letak banyak dan boleh adjust jika kita suka kuah banjir.
BACA JUGA: Cara Buat Kuih Lepat Liat Lemak Manis Resepi Legend. Mudah Nak Buat Rasa Yang Marvellous!
Nanti yang baru nak cuba buat follow je resepi cara nak buat roti john homemade ni. Senang nak buat dan rasa pun sedap. Memang boleh buat jual lah.
Kalau tak nak buat sekarang, boleh kongsikan dulu perkongsian ni di wall facebook masing-masing ya. Senang nanti nak buat boleh scroll semula dan semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada orang lain juga.
Selamat mencuba buat kawan-kawan semua yang baru nak mencuba cara buat roti john homemade yang sedap dan padu ni.