Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Mudah Buat Sambal Pijak Gajah Guna 4 Bahan. Makan Dengan Nasi Putih Pun Dah Sedap!
Pernah dengar tak resepi sambal pijak gajah? Celah mana gajahnya pun tak tahulah. Yang ada ikan bilis je pun. Takpe kita turutkan je nama resepi ni. Yang penting sambal pijak gajah ni memang sedap dan wajib korang cuba.
Sambal ni guna 4 bahan je. Bahan utama ikan bilis, cili api, limau kasturi dan garam halus. Makan sambal ni dengan nasi putih dan telur dadar pun dah cukup sedap ye. Sesuai untuk hidangan hujung bulan atau orang bujang yang malas masak. Hahaha
Sambal pijak gajah ni juga boleh jadi penyedap makanan. Terutama untuk korang yang suka makan pedas. Tahap kepedasan sambal ni juga korang boleh adjust ikut suka. Janji tahan je bila nak makan nanti.
Sambal ni tak perlu masak pun. Hanya perlu tumbuk lumat. Senang kan! Nak tahu cara penyediaannya, korang follow je resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Nazuhaina Azu ni. Confirm menjadi! Nak tambah cili api merah pun boleh.
Resepi ni dah dapat 43k share kat Facebook ye. Ramai giler yang nak buat dan ramai penggemar sambal pijak gajah ni. Korang rasa-rasa kenapa resepi ni di panggil sebagai sambal pijak gajah ye? Adakah di sebabkan tekstur sambal ni lenyet? Hahaha
RESEPI SAMBAL PIJAK GAJAH
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Ikan bilis
- Cili api
- Limau kasturi
- Garam halus
Cara penyediaan sambal pijak gajah :
▶️ Kesemua bahan ditumbuk kecuali limau.
▶️ Tumbuk ikan bilis sampai jadi hancur macam ni.
▶️ Kemudian, perah limau kasturi kat bahan yang dah ditumbuk hancur tadi.
▶️ Gaul rata dan siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Puding Buah Kuah Kastard Yang Simple Dan Sedap. Makan Sejuk-Sejuk Lagi Sedap!
Senang je kan! Resepi semudah ABC. Korang yang suka makan sambal, boleh la try buat sambal pijak gajah ni kat rumah. Boleh makan dengan sayur, ulam dan macam-macam lagi la.
Kalau dah malas sangat nak masak, buat je sambal ni. Tumbuk-tumbuk kat dapur dah siap. Yang penting basuh bersih ikan bilis korang. Nak lagi sedap makan, korang guna ikan bilis yang dah siap kopek atau buang tulangnya.
Terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Nazuhaina Azu kerana sudi berkongsi resepi sambal pijak gajah ini di Facebook. Semoga ianya memberi manfaat buat kita semua. Selamat mencuba!