Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Donut Minion Viral Yang Sedap. Tekstur Lembut Dan Gebu Macam Kapas!

0 159

Comel sangat donut minion ni. Patut la viral! Korang yang banyak masa terluang kat rumah try la buat donut minion viral ni. Memang sedap sangat. Tekstur lembut dan gebu macam kapas. Satu tak cukup makan dibuatnya.

Lembut donut ni bukan gebu donut angin ye! Memang terasa isi. Nampak Sajat buat donut baru ni terus teringin pulak nak buat donut kat rumah. Bila cari resepi, terjumpa pulak donut minion ni. Apa lagi cepat-cepat save resepi ni.

Donut ni sedap makan time hujan-hujan! Fuh memang layan je. Dapat donut panas lagi syok. Nak buat tak susah pun. Guna bread maker je campak semua bahan tinggal bentukkan dah siap. Kalau ada bread maker, buat je dalam tu.

Resepi donut minion ni telah dikongsikan oleh Cik Puan Fienaz Shafie melalui laman Facebooknya. Menurut beliau, nama donut ni anak-anak yang berikan. Ni donut susu kuning sebenarnya. Tapi memandangkan warnanya kuning, anak-anak pun panggil la donut ni donut minion. Comel sangat!

Lately ni memang asyik terliur je tengok orang makan donut. Ramai pulak tu yang share kat status WhatsApp. Memamg menguji! Mengidamnya tak juga. Tapi sejak nampak Sajat buat donut kat TikTok, rasa nak makan donut panas-panas je. Jom la kita follow resepi kat bawah ni.

 

RESEPI DONUT MINION VIRAL 

Rendam 1 1/2 sb yis dengan 30ml air suam selama 30-40 minit. Guna instant yis mauripan je. Masa rendaman bergantung yis korang. Kalau dah kembang naik 4 kali ganda tu walaupun tak sampai 30 minit dah boleh guna.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 1 cwn Tepung Gandum
  • 8sb Tepung high protein jepun (tepung roti)
  • 1 biji telur gred A
  • 1/2 sk baking powder
  • 1/2 sk garam
  • 1sb gula kastor
  • 1/4 cawan full cream milk (tak suka guna susu tepung sebab nak tekstur ala pastry kat oversea)
  • 1sb Majerin (guna cap pelangi je)
  • 1sb K-fine cream super – wajib untuk gebukan terutama donut @ roti (kat shopee @ kedai bahan kek ada jual)
  • Pewarna kuning (guna pewarna gel base fodd colouring)

CARA PENYEDIAAN DONUT MINION VIRAL : 

▶️ Campurkan semua bahan dalam bread maker set kan pada Dough.

▶️ Bila dah nampak doh terbentuk titiskan pewarna. Kemudian, lepas 1 jam 30 minit stop dan keluarkan doh. Masukkan ke dalam mangkuk/ besen, kemudian tutup dengan plastic wrap.

▶️ Biar doh kembang penuh mangkuk lebih kurang 1 jam. Kemudian, tumbuk doh untuk keluarkan angin dan lenyekkan. Bahagikan doh dengan anggaran setiap doh 35g.

▶️ Lepas tu bulatkan letak atas baking paper. Tak perlu tabur tepung lagi sebab baking paper fungsinya supaya donut tak melekat senang nak masak.

▶️ Lenyekkan doh. Kemudian, lubangkan ditengah donut. Guna besi yang deko icing cake pun boleh. Janji berlubang.

▶️ Tutup kejap donut dengan kain lebih kurang 15 minit. Bagi dia kembang sebentar. Kemudian, baru goreng dengan api. Jangan kuat sangat dan jangan slow sangat sederhana sahaja yang penting jangan sampai donut makan minyak.

▶️ Angkat dah agak donut suam sikit baru salut dengan gula icinng + susu tepung. Susu tepung optional tak nak letak pun takpe.

 

BACA JUGA : Cara Mudah Buat Sambal Pijak Gajah Guna 4 Bahan. Makan Dengan Nasi Putih Pun Dah Sedap!

 

Macam dałam video Cik Puan Fienaz Shafie share kat Facebook tu, tak campur susu tepung ye. Sebab beliau tak berapa suka, just gula icing sahaja. Korang boleh letak susu kalau suka. Tergantung pada citarasa masing-masing.

Ni nota penting untuk korang yang nak buat donut minion ni. Kalau adunan lembik tambah tepung. Kalau keras tambah susu. Pastikan adunan tak lekat di tangan dan elastik. Barulah perfect donut korang.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Fienaz Shafie kerana sudi berkongsi resepi donut minion viral ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open