Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Mudah Buat Cucur Roti Viral. Confirm Takde Roti Expired Lagi Lepas Ni!

0 163

Korang pernah try tak resepi cucur roti viral? Haa, resepi ni khas untuk korang yang selalu beli roti tapi tak habis makan. Sebelum expired korang tukar roti tadi jadi cucur. Makan panas-panas celup kopi sedap tau cucur ni.

Buat bekal anak-anak ke Sekolah pun boleh. Kalau dah bosan sangat makan roti letak jem, letak coklat. Mommy tolong la buat bekal cucur roti ni untuk anak-anak. Tak susah mana pun nak buat cucur ni. Resepi semudah ABC.

Roti ni lepas dah goreng memang garing macam roti sardin goreng. Boleh letak cili hijau, cili merah untuk penyedap cucur ni. Nak letak hirisan daun sup pun boleh ye. Baru la rasa wangi cucur korang nanti.

Resepi cucur roti viral ni telah dikongsikan oleh Cik Puan Nadia di Facebook beliau iaitu نور ندياه. Sangat mudah nak buat. Lepas ni kalau dah tak tahu sangat nak buat apa dengan roti yang nak expired tu, elok la korang buat cucur ni. Takde la bazir nanti.

Sekarang semua barang pun dah mahal ye. So, elakkan la sifat membazir. Nak cari duit bukan main susah lagi. Betul tak? Nak habis sehari pun boleh. Okey done bebel. Asyik bebel je time share resepi kat korang kan. Bosan pulak korang nanti. Hahaha

 

RESEPI CUCUR ROTI VIRAL

Tak nak buang masa lagi. Apa kata kita lihat satu persatu cara penyediaan cucar roti viral ni. Bahan-bahan yang diperlukan seperti dibawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
Bahan tumbuk : 
  • 4 ulas Bawang putih
  • Cili merah
  • Cili hijau
  • Sedikit garam

 

Bahan lain :
  • 3 biji Bawang merah kecil (dihiris nipis)
  • 1 cawan Tepung gandum
  • 1 cawan Tepung jagung
  • Air sejuk
  • Roti (dipotong-potong)
  • Daun sup (dihiris nipis)
  • Cili (dihiris nipis)

CARA PENYEDIAAN CUCUR ROTI VIRAL :

▶️ Mula-mula tumbuk bawang putih, cili merah dan cili hijau bersama sedikit garam.

▶️ Kemudian, masukkan bahan tumbuk dalam bekas bersama bawang merah kecil yang di hiris nipis.

▶️ Masukkan pula tepung gandum dan tepung jagung. Adunkan bersama air sejuk. Lepastu rasa tepung, garam semua cukup ataupun tidak.

▶️ Masukan pula roti yang telah dipotong-potong tadi.

▶️ Last, masukan daun sup atau hirisan cili untuk nampak lebih menarik.

▶️ Goreng cucur roti dengan api yang sederhana.

▶️ Angkat, tos dan siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Donut Minion Viral Yang Sedap. Tekstur Lembut Dan Gebu Macam Kapas!

 

Lagi senang dari buat cucur udang! Kalau dah takde idea sangat nak buat minim petang. Korang goreng la roti buat jadi cucur macam ni. Mesti bosan nak makan roti letak jem dan coklat je kan. Sampai tak lalu makan la dibuatnya.

Sebenarnya, roti ni boleh dibuat macam-macam sebelum expired. Nak buat puding pun boleh. Janji korang rajin je nak masak. Nak buat roti goreng celup telur pun sedap jugak kan. Laju je habis licin sepinggan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Nur Nadia kerana sudi berk0ngsi resepi cucur roti viral ini di Facebook. Takde la membazir buang roti nak expired nanti. Semoga resepi ni memberi manfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open