Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Ayam Bakar Madu Ala Pasar Malam Yang Mudah Dibuat. Lagi Lama Diperap Lagi Sedap!

0 1,976

Kebiasaannya, ayam bakar madu akan dijual dipasar malam. Ayam bakar madu ini dibakar menggunakan arang. Tetapi ianya juga boleh dibuat sendiri dirumah dengan mudah dan cuma perlu menggunakan oven sahaja.

Ayam bakar merupakan makanan yang sangat digemari ramai. Rasanya yang manis madu ditambah pula dengan rempah perapan ayam, membuatkan ia makanan yang cukup lazat dan membuka selera.

Ayam bakar madu memang sangat popular dikalangan orang melayu dan asia. Walaupun mengambil masa yang lebih untuk memerap ayam, tapi bila dihidang lebih sedap kerana bahan perapan telah masuk kedalam isi ayam tadi.

Kali ini nak rasa ayam bakar madu ala domino’s pun boleh. Cuma perlu ikuti resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Puteri Hana Sofia melalui perkongsian laman facebooknya. Lebih jimat tau buat sendiri.

Cara penyediaannya sangatlah mudah. Ianya memerlukan bahan-bahan asas dalam masakan sahaja. Rasanya sudah pasti bahan ada tersedia didapur anda. Sekarang ni PKP nak makan kat luar pun tak boleh. Jadi, apa kata masak sendiri dirumah. 

 

RESEPI AYAM BAKAR MADU

Tanpa membuang masa lagi, apa kata anda semua mencuba resepi ayam bakar ala pasar malam yang sedap ini. Rugi tak cuba! Perap semalaman dalam peti lagi sedap. Jom lihat cara penyediaannya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan A :
  • 1/2 ekor ayam (cuci bersih & toskan)

 

Bahan B :
  • 1 batang serai
  • 5 ulas bawang putih
  • Sedikit halia

 

Bahan C :
  • Sedikit sos tiram
  • Madu
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Setitik pewarna merah (cantikan warna ayam bila dibakar)
  • Serbuk kunyit
  • Lada hitam serbuk
  • Lada hitam hancur
  • Serbuk kayu manis
  • Serbuk cili
  • Serbuk paprika
  • Sedikit lada putih
  • Garam
  • Gula perang (lebihkan gula untuk lagi sedap)
  • Sedikit olive oil
  • 1 sudu besar butter

 

Bahan D :
  • Gula atau madu.

CARA PENYEDIAAN AYAM BAKAR MADU :

▶️ Boleh kisar atau tumbuk bahan B.

▶️ Sediakan mangkuk, gaul sebati semua bahan C. Masukkan pula bahan B dan gaul sebati. Kemudian perap pada ayam sekurang-kurangnya 30 minit.

▶️ Masukkan gula atau madu. Kalau guna gula, masukkan terus dan kacau bersama bahan perapan. Perap selama 1 jam. Nak lagi sedap, perap semalaman.

▶️ Kalau guna madu, sapu bila ayam lagi 10-15 minit nak dimasak. Baru ayam nampak cantik dan berkilat.

▶️ Bakar dalam oven, pada suhu bawah 180C dan atas 150C. Lebih kurang 1 jam 30 minit atau ikut suhu oven masing-masing.

 

BACA JUGA: Resepi Kuih Wajik Atau Nasi Manis Yang Sedap. Kuih Turun Temurun Yang Mudah Dibuat Dan Disukai Ramai!

 

Siap bakar dah boleh hidang! Bau bahan perapan tadi bila di bakar je menaikkan nafsu makan tau. Hilang diet selepas raya ni. Baru je kurus sebulan puasa, raya baru 3 hari dah naik berkilo.

Ha! Ayam bakar ni nak makan macam tu pun sedap tau. Nak makan dengan nasi putih pun boleh. Tapi lagi sedap kalau ada bahan cicahan kan. Lada kicap ke, sos ke. Ikutlah selera masing-masing. Nak hidang macam tu pun boleh je.

Okey lah tak nak cakap panjang lagi. Boleh buka peti sejuk kalau ayam dan bahan masakan dah lengkap apa kata anda semua mencuba resepi ini. Anak-anak pun suka. Semoga resepi ayam bakar madu ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open