Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kuih Wajik Atau Nasi Manis Yang Sedap. Kuih Turun Temurun Yang Mudah Dibuat Dan Disukai Ramai!

0 1,662

Resepi Kuih wajik atau juga dikenali sebagai nasi manis merupakan kuih tradisional yang diperbuat daripada pulut dan juga mempunyai rasa yang manis. Kuih wajik sangat sinonim dijadikan pemanis mulut bila ada kenduri kendara.

Ianya juga sesuai dihidang bila menjelang hari raya. Resepi ini agak tradisional sikit tapi sangat mudah untuk dimasak. Boleh juga dimasak kukus. Ianya akan dimasak dengan santan dan menyebabkan ia lembut dan berlemak.

Kuih wajik biasanya dimasak bermusim kerana ia kurang sesuai dimakan pada hari-hari biasa, tetapi ianya juga boleh didapati dengan mudah digerai-gerai tepi jalan yang menjual kuih muih diwaktu pagi dan petang.

Kuih ini merupakan kuih tradisional yang popular turun temurun, resipi nenek moyang yang sangat berharga. Dan rugi bagi kita melupakan resepi kuih tradisional ini. Pasti mak ayah kita masih gemar dengannya.

Resepi kuih wajik ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial itu Cik Puan Fauziah Yahya. Beliau berkongsi resepi ini melalui laman facebook dan pastinya ada yang meninggalkan komen “sudah lama tidak makan kuih ini”.

 

RESEPI KUIH WAJIK

Hari demi hari pelbagai resepi baru yang kita temui. Senang pula tu nak viral. Hampir je kita lupa resepi kuih muih tradisional macam kuih wajik ni. Tapi, kali ini mari kita semua ambil tahu cara penyediaan resepi kuih wajik ini.

 

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 2kg beras pulut (rendam pulut sampai kembang)
  • 1kg santan
  • 1kg gula merah
  • 1kg gula pasir/putih
  • 2 cawan air
  • Sedikit garam

CARA PENYEDIAAN KUIH WAJIK :

▶️ Kukus pulut smpi masak.

▶️ Masukkan santan, gula putih, gula merah dan air dalam kuali.

▶️ Kemudian, kacau sehingga semua sebati. Guna api sederhana untuk kacau.

▶️ Apabila mendidih masukkan pulut ke dalam adunan tersebut. Kemudian kacau dan kacau lagi sehingga sebati, likat dan pekat.

▶️ Siap dan boleh masukkan dalam bekas.

 

BACA JUGA: Cara Masak Kuey Teow Goreng Yang Pedas Dan Sedap. Simple, Rasa Rugi Tak Cuba!

 

Bila sejuk sedikit potong cantik-cantik dan hidangkan buat keluarga tersayang. Pasti teringat masa zaman kecil-kecil dulu makan kuih wajid yang tok nenek kita buat.

Bila ada kenduri kendara anda boleh je guna resepi ni untuk jadi pemanis mulut. Masa dah masak nanti, lenyekkan dalam bekas atau loyang dengan rata. Dan potong macam anda potong kuih lapis atau kuih talam.

Anak-anak perlu belajar kuih tradisional ini. Supaya tak tertelan dek zaman. Semoga resepi kuih wajik ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open