Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Puding Buah Kuah Kastard Yang Simple Dan Sedap. Makan Sejuk-Sejuk Lagi Sedap! 

0 40

Hari ni rasa nak follow resepi puding buah kuah kastard. Korang pernah tak buat puding buah? Jom try buat kat rumah. Jangan risau, siapa-siapa je boleh buat. Resepi ni mudah sangat dan bahan pun tak banyak nak guna.

Puding ni kalau makan sejuk-sejuk lagi sedap. Lalu pulak kat tekak time cuaca panas. Terus rasa fresh. Rekomen korang guna buah-buah masam manis. Contoh mangga, anggur, buah naga, epal dan kiwi. Sedap tau puding buah ni.

Keenakan puding buah ni tergantung dengan kuah kastard yang kita buat. Untuk puding dalam resepi ni pulak, teksturenya tak sama macam agar-agar. Tekstur puding lebih lembut sedikit. Supaya senang nak blend makan dengan kuah karstard nanti.

Siapa kat sini pernah follow resepi Mr.Ali? Ha, hari ni kita nak buat puding buah kuah kastard ni pun menggunakan resepi Encik Muhammad Ali ye. Sangat mudah nak faham, sebeb resepi ni lengkap dan jelas.

Resepi puding buah kuah kastard ni dapat sambutan ramai di Facebook. Ramai tau share resepi ni. Dah dapat 6.8k share sampai hari ni. Korang yang suka makan buah, boleh la try buat puding buah kuah kastard ni. Confirm sedap!

RESEPI PUDING BUAH KUAH KASTARD

Rasa tak sabar pulak nak tahu semua bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan puding buah kuah kastard ni. Jom kita lihat bahan-bahan kat bawah ni.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
Bahan puding : 
  • 2 setengah cawan air
  • 4 sudu makan tepung kastard
  • 4 sudu makan gula
  • 1 tin susu cair

 

Bahan kuah kastard : 
  • 2 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 4 sudu makan gula
  • Secubit garam

CARA-CARA PENYEDIAAN PUDING BUAH KUAH KASTARD : 
Cara penyediaan puding : 

▶️ Masukkan semua bahan. Kacau sebati dulu, dah sebati baru on api perlahan.

▶️ Jangan berhenti kacau. Teruskan kacau sampai pekat dan mendidih. Dah mendidih off api.

▶️ Masukkan dalam bekas, biarkan ia suam dalam 20 minit baru masukkan dalam peti.

Cara penyediaan kuah kastard : 

▶️ Masukkan semua bahan, kacau sebati. Dah sebati baru on api.

▶️ Kacau atas api sampai keluar wap atau mendidih di tepi pan.

▶️ Off api dan sejukkan dekat luar baru masukkan dalam peti.

▶️ Bila puding dah keras hiaskan la buah apa yang korang nak guna. Dan bila nak makan baru tuang kuah kastard tadi.

 

BACA JUGA : Cara Mudah Buat Bingka Jagung Lemak Manis. Bakar Dalam Oven Je Lagi Senang!

 

Texture puding ni bukan macam agar-agar tau. Dia lembik sebab lebih senang nak blend dengan sos kastard nanti. Kalau nak keras sikit tambahkan 5 gram agar-agar serbuk dalam penyediaan puding tadi. Gaul dengan semua bahan-bahan untuk puding, baru on api.

Bila puding dah keras hiaskan la buah apa yang korang nak guna. Potong dadu buah supaya mudah nak makan. Dan bila nak makan baru tuang kuah kastard tadi. Makan sejuk-sejuk insyaAllah sedap. Kuah kastard dan puding hendaklah sentiasa disimpan dalam peti sejuk ye. Takde la cepat rosak nanti.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Muhammad Ali kerana sudi berkongsi resepi puding buah kuah kastard ini di Facebook. Semoga ianya memberi manfaat buat kita semua. Selamat mencuba! 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open