Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Dua Lauk Dalam Satu Masakan, Jom Cuba Buat Sotong Goreng Sayur Ni. Simple Dan Sedap!
Waah! Kali ni betul-betul first time saya dengar masakan yang satu ini. biasanya kita akan masak binatang satu lauk dan sayur satu lauk kan. Tapi kali ni kita gabungkan menjadi satu. Maka, terhasillah sotong goreng sayur!
Paling tidak pun sbeelum ni kita akan masukkan udang sayur. Udang kecil-kecil yang biasa memang digoreng untuk sayur, bihun goreng atau sambal. Tapi kali ni kita gunakan sotong pulak. NAk tahu apa rasa dia, korang wajiblah cuba.
Sesetengah orang memang rasa macam membazir kan. Daripada dua jenis makan dijadikan satu lauk masakan sahaja. tapi kitab oleh cuba dulu mana tahu ianya betul-betul kena dengan selera kita.
Nak kata membazir tu tak jugak kan. Sebab menjimatkan masa juga. Ada sayur dan binatang dalam satu hidangan. Dah lah simple, sedap pulak rasa dia.
Nak lagi sedap, hidangkan dengan nasi goreng. Selesai masalah kan. Resepi sotong goreng sayur ni, dikongsikan oleh Cik Puan Yuri Kamaruddin. Jom saya kongsikan apa bahan yang digunakan dan macam mana nak hasilkan masakan ni.
RESEPI SOTONG GORENG SAYUR
Oh ya! Kepada yang nak gantikan dengan binatang lain adalah sangat boleh. Terpulang kepada apa yang ada dalam peti kita dan juga selera kita. Yang penting, hasilkan makanan yang berkhasiat untuk keluarga adalah yang terbaik!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 biji bawang holland
- 2 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 biji cili besar masak
- 2 biji cili padi
- Sedikit serbuk kunyit
- Sotong ( ikut suka kita)
- Sayur kobis
- Taugeh
- Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN SOTONG GORENG SAYUR :
▶ Mula-mula sekali, basuh sotong, potong bulat dan toskan seketika
▶ Kemudian, mayang halus bawang besar, bawang merah dan bawang putih. Hiris serong cili merah dan juga cili padi.
▶ Panaskan minyak, tumis bahan hiris sampai garing dan bawang sedikit layu.
▶ Bila bahan tumus dah garing, masukkan sotong. Gaul sekejap.
▶ Seterusnya masukkan kobis. Boleh masukkan sedikit air jika terlalu kering.
▶ Kobis dah lembut, masukkan taugeh dan serbuk kunyit. Kacau-kacau seketika
▶ Perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika ada.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Ada Buah Naga Dekat Rumah, Cuba Buat Onde-Onde Buah Naga. Sedap Dan Cantik!
Ni antara masakan paling simple yang pernah saya belajar. Tapi simple bukan sebarang simple tau. Rasa dia memang sedap. Sekali kaut je ada sotong dan sayur dalam pinggan.
Kan biasa kita tengok sayur goreng kan. Dengan adanya kobis, lobak merah, baby jagung dan sebagainya. Cuma andai lah sayur tak cukup boleh campurkan sekali dengan binatang macam ni.
Boleh masukkan dulu dalam list masakan yang boleh dicuba nanti bila perlu. Sharekan di wall facebook mana tahu ada yang boleh dapat manfaat kan. Untuk yang nak try buat sotong goreng sayur, saya ucapkan selamat mencuba!